rendang ayam cili padi
Seekor ayam di potong ikut suka
Santan dari 1 biji kelapa.
4 sudu kerisik ( ikut suka)
Garam secukup rasa.
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di siat
bahan mesin
30 biji cili padi kampung
5 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara:
1. Masukkan ayam ke dalam kuali biar hingga airnya kering sedikit
2. Bila air ayam telah kering masuk kan bahan yang di mesin tadi.
3. biarkan sehingga bahan mesin dan ayam bersatu dan pekat (kalau cili tak masak dengan sempurna takut sakit perut)
4. masuk kan daun limau purut,daun kunyit dan garam..baunya akan naik
5. bila ayam sudah kering masukan santan cair dan biarkan sehingga mendidih dan pekat kemudian barulah masukkan santan pekat kacau lagi hingga hampir kering,masukan kerisik biarkan seketika dan angkat
p/s photo ni ambil guna hp jadi gambar ni tak clear sangat
No comments:
Post a Comment