my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, April 22, 2011

Holy Basil

Holy Basil / tenuiflorum Ocimum / Tulasi / Tulsi /


 merupakan tanaman herba aromatik variasi Lamiaceae berasaldari daerah tropika Dunia Lama 
dan tersebar luas kerana daunya boleh di makan
Holy Basil digunakan di India sejak sebelum 1000 SM,di india holy basil di sebut sebagai kemangi suci

pokok holy basil mencapai 30-60 cm dengan batang berbulu dan daunnya sekitar 5cm sedikit bergigi bewarna hijau dan berbau sangat wangi menghasilkan tandan bunga bewarna ungu

Holy Basil ditanam  untuk tujuan agama dan rawatan, minyak esenstial. holy basil dikenali meluas di Asia Selatan sebagai tanaman ubat dan teh herba, yang biasa digunakan dalam rawatan Ayurveda, dan mempunyai peranan penting dalam tradisi Vaishnavite Hindu, di mana masyarakatnya melakukan ibadah yang melibatkan tanaman Holy Basil

manakala variasi tenuiflorum Ocimum digunakan dalam masakan Thailand, dan disebut sebagai kemangi suci manakala variasi  basilicum Ocimum pula di sebut kemangi Thailand 


Satu kajian menunjukkan holy basil menjadi rawatan berkesan untuk diabetes dengan mengurangkan kadar glukosa darah,Kajian yang sama menunjukkan. penurunan kadar kolesterol dan penurunan kadar glukosa darah kerana sifat antioksidan.
holy basil menunjukkan mampu meberi perlindungan dari keracunan radiasi dan katarak

dalam rawatan Ayurveda, ekstrak holy basil digunakan dalam rawatan  angin, sakit kepala, gangguan perut, keradangan, penyakit jantung, berbagai bentuk keracunan, dan malaria

 Secara tradisional,holy basil diambil dalam berbagai bentuk seperti teh herba,serbuk kering , daun segar, atau dicampur dengan minyak sapi
manakala Minyak atsiri diambil dari holy basil variasi Karpoora digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik herbal,kerana ia anti-bakteria

 Selama berabad-abad, daun-daun kering dari holy basil telah dicampur dengan biji-bijian yang disimpan untuk mengusir serangga. 



Rose hip

Rose hip

Rose hip adalah buah dari tanaman bunga mawar, buah rose hip berwarna merah-oren, tetapi bertukar kepada ungu tu apabila tua
rose hip terdapat banyak variasi,buahnya seperti buah beri tetapi rasanya seakan akan memakn epal buah rose hip di penuhi bulu bulu yang halus dan berbau wangi,rose hip di hasilkan pada musim sejuk,rose hip boleh digunakan segar, dikeringkan, atau diawetkan

ada variasi mawar ditanam untuk perhiasan, seperti Rosa moyesii, yang akan menghasilkan buah Rose hip besar berwarna merah terang.
variasi Rose Rugusa dan Rosa caninapula adalah spesis yang paling terkenal menghasilkan rose hip yang baik


rose hip  digunakan untuk membuat teh herba,jam  jelly, sirup, sup, minuman, kuih, roti, arak, dan marmalade

rose hip diekstrak untuk membuat Palinka, sejenis minuman beralkohol tradisional Hungary.

Penduduk asli Amerika menjadikan rose hip sebagai teh herba tradisional

Bulu-bulu halus yang ada rose hip boleh di digunakan sebagai bedak gatal,selain di jadikan minyak esential untuk manfaat mengurangkan kedutan,kulit kering dan memperbaiki sel kulit rosak

serbuk buah rose hip kering dijadikan makanan kepada haiwan sepertiseperti kuda untuk meningkatkan keadaan fizikal dan pertumbuhan kuku baru.


rose hip sangat tinggi kadar vitamin C, salah satu sumber tanaman terkaya sedia ada,terdiri daripada 80 peratus asid lemak esenstial,selain vitamin A dan B

 Perang Dunia II, The Times, artikel dalam British Medical Journal, dan risalah yang dihasilkan oleh Claire Loewenfeld menggalakkan rakyat Inggeris untuk menanam mawar untuk menghasilkan rose hip yang boleh dibuat sirap vitamin C untuk anak-anak
 
rose hip juga mengandungi antioksida dan dikatakan berguna untuk mengubati influenza,cirit birit dan sakit sendi

Sunday, April 17, 2011

Neyo - One In A Million

Neyo - One In A Million

Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you

Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough you go it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about your look
Talking about I can't do it for you
But you can do it for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby

I could be in love
But I just don't know
Baby one thing is for certain
Ne-yo One In A Million lyrics found on

Whatever you do it's working
All the girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Baby you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Timing girl
Only one in the world
Just one of a kind
She mine

Ooh all that I can think about is what this thing could be
A future baby
Baby you're one of a kind
That means that you're the only one for me
Only one for me
Baby (girl) you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this
Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

download here



Saturday, April 16, 2011

Mayapple / Podophyllum peltatum L.

Mayapple / Podophyllum peltatum L. / American Mandrake / Devil's Apple / Indian Podophyllum / Wild Lemon /  Duck's Foot / Umbrella Plant / Hog Apple / Racoonberry 


Mayapple adalah ubat herba asli yang ditemui tumbuh di tanah lembap di hutan yang kaya dengan semak spt Amerika Timur ,Utara Maine, Florida,Texas dan Minnesota
Mayapple berasal dari family Berberidaceae,


Mayapple tumbuh sekitar 18 inci tinggi, batang nya membentuk menjadi dua dahan bewarna h gelap, ijau,bertangkai panjang, memikili daun yang cukup lebar seperti payung melindungi bunganya yang bewarna putih krim, bunga Mayapple mekar pada bulan April hingga Mei. akar Mayapple bewarna coklat tua, berserat dan berbelit, akarnya di jadikan ramuan ubatna bila di keringkan
Mayapple adalah buah yang boleh dimakan dalam jumlah sedikit semasa matang pada akhir musim panas
ada juga fakta mengatakan buahnya mengandungi toxic
jadi rujuk dulu kepada pakar sebelum memakanya


pada zaman dahulu Mayapple adalah ubat dan buahnya dimakan secara meluas oleh penduduk asli Amerika. Buah masak dimakan mentah, dimasak atau dibuat  jeli, marmelade, dan pie.
buah Mayapple sangat aromatik, dan memiliki rasa manis buah Mayapple di kupas kulitnya sebelum di makan kerana dikatakan beracun.


Akar nya mengandungi unsur Quercetin, Kaempferol, Podophyllin, Isorhamnetin, Gallic-acid, Berberine, Alpha-peltatin dikatakan beguna sebagai anti-kanser,merawat kutil dan kelamin
Sebuah kemungkinan rawatan untuk kanser sedang diuji kerana mengandungi podophyllin, yang mempunyai kesan antimiotic (mengganggu dengan pembahagian sel dan dengan demikian dapat mencegah pertumbuhan sel-sel). 

Akar Mayapple di jadikan dan di kunyah mentah untuk meransang hati,meningkatkan aliran hmpedu dan pencernaan,siflis,demam,menghilangkan bisa sengatan ular

Saturday, April 9, 2011

sejarah komputer


sambil sambil leka visit page miko,apakata kita baca sejarah komputer?
walaupun boring tapi kita perlu tahu sejarahnya,sebab hari hari kita menggunakanya kan

Sejarah perkembangan komputer secara elektronik sepenuhnya telah dikatakan bermula selepas tahun 1940. Ia dapat dibahagikan mengikut tarikh anggaran dan 5 generasi evolusinya :

Generasi Pertama (1940-1959) 
Generasi Kedua (1959-1964) 
Generasi Ketiga (1964-1980) 
Generasi Keempat (1980 - Sekarang) 
Generasi Kelima (Masa Depan) 

GENERASI PERTAMA

Komputer awalan 40-an dikatakan merupakan projek kententeraan Amerika Syarikat. Ianya dikatakan diguna bagi menggantikan alat-alat pengiraan trajektori agar pantas dan tepat yang sebelum ini sering melakukan kesilapan. Saiznya amat besar dan dikelaskan sebagai Kerangka Utama (Mainframe). 

Ia menggunakan tiub-tiub vakum bagi tujuan pemprosesan dan penyimpanan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol kecil. Ia cepat menjadi panas dan mudah terbakar. Jumlah tiub vakum yang diperlukan agar tidak menjejaskan operasi komputer adalah amat banyak sehingga mencapai ribuan unit. Ia juga memerlukan penggunaan elektrik yang amat banyak sehingga menggangu kelancaran arus elektrik di kawasan sekeliling. 

Tiub Vakum ENIAC 
Dalam tahun 1946, komputer elektronik digital yang pertama iaitu ENIAC (Electronic Integrator And Calculator) telah dicipta oleh Dr. John Mauchly dan Presper Eckert. Ia mengambil keluasan sebanyak 140 meter persegi, berat yang mencapai 30 ton, 130 Kilowatt tenaga dan menggunakan 18000 unit tiub vakum. Ia mempunyai keupayaan melakukan 5000 pencampuran dan 300 pendaraban sesaat mengatasi komputer-komputer lain (analog). Ia mempunyai ingatan yang disimpan diluar komputer dengan menggunakan suis dan wayar. ENIAC hanya digunakan oleh ahli sains dan jurutera terlatih sahaja.

Penyimpanan ingatan di dalam komputer atau lebih dikenali sebagai Konsep Aturcara Tersimpan (Stored Program Concept) telah dicadangkan oleh John Von Neumann yang menggunakan nombor binari (0 dan 1) bagi melakukan tugas pemprosesan dan storan. 

EDSAC (Electronic Delay Storage Automation Calculator) telah menggunakan raksa yang dimasukkan di dalam tiub bagi menggantikan tiub vakum untuk penyimpanan ingatan. Ia lebih ekonomi namun terlalu mahal. EDSAC dimajukan oleh Cambridge University, England. Ia adalah komputer pertama yang menggunakan konsep aturcara tersimpan.

Dr. John Mauchly dan Presper Eckert juga telah membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer). Ia lebih cekap dari ENIAC dan mengurangkan penggunaan tiub vakum. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara tersimpan. UNIVAC1 (Universal Automatic Calculator) yang juga ciptaan Dr. John Mauchly dan Presper Eckert telah dikeluarkan untuk memproses data perniagaan pada tahun 1951 bagi menggantikan komputer-komputer yang sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pengiraan. Ia menggunakan raksa untuk storan dan digunakan oleh Biro Banci Penduduk, Amerika Syarikat.

GENERASI KEDUA

Dalam generasi ini, komputer mula menggunakan transistor dan diod bagi menggantikan tiub-tiub vakum. Ia telah menjadi lebih kecil dan murah. Transistor tidak mudah terbakar berbanding dengan tiub vakum. Teras magnetik diperkenalkan untuk tujuan menyimpan ingatan. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan serta saiz ingatan utama komputer juga bertambah besar. Ini menjadikan komputer lebih pantas menjalankan arahan. 

Bahasa peringkat tinggi iaitu FOTRAN dan COBOL diperkenalkan bagi menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang sukar. Ia menjadikan pengendalian komputer lebih mudah. Permintaan komputer bagi tujuan pemprosesan data dalam bidang perniagaan mula meningkat. Masyarakat mula menerima komputer dan kerjaya dalam bidang komputer mula mendapat tempat. Universiti mula memperkenalkan pengajian sains komputer untuk melatih kakitangan mahir.

Famili kedua terbesar dalam kategori komputer iaitu Minikomputer mula dihasilkan. Harganya lebih murah berbanding dengan kerangka utama (Mainframe). Ia menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam bidang perniagaan. DEC PDP-8 adalah komputer mini yang pertama dihasilkan dalam tahun 1964 yang kemudiannya dituruti oleh IBM (International Business Machine) dengan komputer mini mereka, 7090 dan 7094.

GENERASI KETIGA

IBM memulakan evolusi generasi ini dengan menghasilkan sebuah Kerangka Utama iaitu System/360. Ia mengandungi segala peralatan bagi tujuan pengaturcaraan. Ia dapat diguna dalam pelbagai tujuan samada sains, perniagaan atau lain-lain. IBM mula memonopoli industri pembuatan komputer. IBM System/360 ini memperkenalkan banyak ciri-ciri baru termasuklah penggunaan Sistem Pengoperasian (Operating System). Ia juga mengandungi stesen-stesen secara berasingan dan dikawal oleh sistem induk. Ia juga memperkenalkan Sistem Perkongsian Masa (Time Sharing). Melalui sistem ini, kesemua stesen-stesen mampu melakukan proses serentak.

Melalui penyelidikan mikroelektronik, transistor telah dapat dikecilkan kepada saiz mikroskopik. Beribu-ribu unit transistor dipadatkan di dalam kepingan silikon melalui proses Pengamiran Skala Besar (Large Scale Integration atau LSI) untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan cip. Cip mula menggantikan tansistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil telah menjadikannya popular dan ia telah digunakan di dalam kebanyakkan alatan elektronik. Harganya yang murah menyebabkan banyak alatan elektronik jatuh harga dan kemunculan revolusi perindustrian kedua bermula. 

Mikrokomputer, jenis terkecil dalam famili komputer mula muncul. Ia cepat popular kerana saiznya yang kecil, harga yang murah dan kebolehannya beroperasi secara sendirian. Ia mampu mengatasi ENIAC di dalam sesuatu tugas. Antara jenama-jenamanya terkenal seperti Apple II, IBM PC, NEC PC dan Sinclair. Ia mula digunakan dalam pemprosesan data perniagaan yang kecil. Banyak lagi bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal, C, Logo dan PL/1.

Mikrokomputer dibekalkan dengan cip ROM (Read Only Memory) secara bina-dalam (Built In) bagi membolehkan bahasa BASIC digunakan. BASIC mula popular sebagai bahasa pengaturcaraan. Perisian-perisian penggunaan bina-siap (ready made) mula digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masaalah. Bidang pengaturcaraan mula menjadi antara bidang pekerjaan yang menawarkan gaji yang amat tinggi.

GENERASI KEEMPAT

Kita dikatakan sedang berada di dalam zaman peralihan dari generasi ketiga kepada generasi keempat. Di dalam generasi ini, cip masih lagi digunakan sebagai tempat penyimpanan ingatan. Walaupun begitu, ia telah menjadi lebih maju sehingga beratus ribu transistor telah dimampatkan ke dalamnya. Proses ini dipanggil Pengamiran Skala Amat Besar (Very Large Scale Integration atau VLSI).

Pemprosesan menjadi amat pantas sehingga berjuta bit sesaat. Ia juga telah memunculkan satu lagi kelas komputer yang dipanggil Superkomputer (SuperComputer) seperti Cray 1 yang kemudian dimajukan lagi seperti Cray XMP. Superkomputer menggunakan beberapa pemproses selari (parallel processor) yang berfungsi serentak. Ia banyak digunakan bagi membantu dalam kajian cuaca, senjata peperangan dan sistem kawalan pengkalan data yang amat besar.

Mikrokomputer juga menjadi lebih maju dengan mempunyai keupayaan ingatan sehingga 64 juta bait. Ia juga telah melahirkan beberapa jenis mikrokomputer yang lebih kecil seperti Komputer Buku (Laptop atau Notebook) yang mana saiznya hampir sama dengan sebuah buku rujukan. Mikrokomputer yang lebih kecil dari itu juga telah dilahirkan iaitu Komputer Tangan (Palmtop). Kepantasannya juga telah bertambah dari masa ke semasa. 

Mikrokomputer juga telah dilengkapkan dengan peralatan 'multimedia' yang mampu menayangkan filem dan bunyi. Storan sekunder yang mempunyai kapasiti yang lebih besar diperlukan bagi menampung jumlah simpanan data yang makin bertambah. Komputer juga telah menjadi sesuatu yang biasa digunakan di pejabat ataupun dirumah bagi kerja-kerja seharian. Sistem Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network), Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) dan Sistem Rangkaian Antarabangsa (International Network) juga telah dihasilkan. Ia telah menjadikan komunikasi dalam komputer lebih canggih di mana kita boleh masuk ke hubungan antarabangsa hanya dari komputer di rumah !. 

Perisian-perisian bina-siap (ready made) telah menjadi suatu kemestian. Perisan-perisian bina-ubah (tailor made) juga diperkenalkan bagi membantu menyelesaikan sesuatu masaalah. Komputer menjadi lebih bijak dengan terciptanya perisian-perisian yang mampu membezakan pengguna dengan melihat pada corak dan warna Iris mata.

GENERASI KELIMA

Evolusi generasi kelima masih belum wujud. Ia hanya merupakan suatu impian masa depan. Walaupun begitu, projek-projek perintis untuk jangka panjang telahpun dimulakan seperti projek bandar pintar atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor oleh Malaysia. Komputer dijangkakan lebih kompleks dengan ingatan yang berlipat kali ganda Terabait. Sistem pintar yang dipanggil 'Artificial Intelligence' akan mengambil alih tugas-tugas yang membahayakan atau memerlukan ketepatan yang lebih dari manusia.

Jabatan ketenteraan Amerika Syarikat juga telah mula merancang penggunaan robot di dalam peperangan, projek ini dikenali dengan nama 'Star Wars' ia juga menggunakan sepenuhnya penggunaan satelit. Robot-robot juga dijangka menggantikan manusia dalam kerja-kerja pengilangan seperti industri pembuatan kereta. Kad-kad pintar juga akan menggantikan semua dokumen-dokumen atau akaun bank pengguna. Di dalamnya mengandungi pelbagai informasi tentang pengguna tersebut. 

Bahasa pengaturcaraan menjadi amat penting, dengan baris-baris arahan pengaturcaraan Pascal contohnya, kita dapat mengarahkan robot memilih di antara buah limau dengan buah epal menerusi arahan suara yang diberikan kepadanya !. Komputer juga dijangka menjadi suatu bentuk komunikasi yang canggih. Penggunaan 'video conference' dijangka akan digunakan sepenuhnya. Bandaraya pintar juga dijangka akan wujud di segenap negara.

30 Laman Web Paling Berbahaya Di Dunia



Berhati-hatilah dalam browsing atau melayari laman-laman web tertentu yang belum pasti. Kerana di dalamnya boleh mengandungi virus-virus berbahaya yang akan merugikan kita. Berikut adalah laman-laman web paling bahay di dunia, di laman web tersebut terdapat bermacam-macam virus yang boleh menyebabkan hp/pc anda rosak.

Laman web tersebut adalah:


1. 17ebook.com
2. aladel.net
3. bpwhamburgorchardpark.or
4. clicnews.com
5. dfwdiesel.net
6. divineenterprises.net
7. fantasticfilms.ru
8. gardensrestaurantandcatering.com
9. ginedis.com
10. gncr.org
11. hdvideoforums.org
12. hihanin.com
13. kingfamilyphotoalbum.com
14. likaraoke.com
15. mactep.org
16. magic4you.nu
17. marbling.pe
18. krnacjalneg.info
19. pronline.ru
20. purplehoodie.com
21. qsng.cn
22. seksburada.net
23. sportsmansclub.net
24. stock888.cn
25. tathli.com
26. teamclouds.com
27. texaswhitetailfever.com
28. wadefamilytree.org
29. xnescat.info
30. yt118.com

Perhatian : Jangan sesekali melayari laman web di atas tanpa menggunakan antivirus khusus buat browser!

sumber: bbc.co.uk

Adakah Anti Virus Anda Berfungsi dengan baik?

 Adakah Anti Virus Anda Berfungsi dengan baik

tipsa info bagaimana kite untuk tahu  sistem anti virus din pc betul betul berkesan ataupun Anti Virus yg kite guna selama ini dah terkena jangkitan yang  mnjadikanya tidak fully operation

Steps/Langkah2

1. buka program notepad
2. Copy command sperti di bawah

X5O!P%@AP[4PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

3. pastekan command tersebut pada notepad (make sure command di paste dlm satu baris ayat)

4. save file tsebut dgn name eicar.com (mesti dlm format .com)

5. tunggu reaksi/respon dr Anti Virus di pc anda atau scan folder yg ade fail ini skali lagi tunggu reaksi Anti Virus anda

6. kalau tiada reaksi dari Anti Virus tersebut maka screen anda akan keluar window dos yang tertulis perkataan EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE maknanya  Anti Virustsebut dah kena infect dan tidak berkesan lansung

sumber :

Keselamatan Apabila Memindah dan Terima Perisian



Ada banyak sumber perisian dalam Internet yang boleh dipindah terima download). Namun, tahukah anda yang mana berguna, yang mana membazirkan masa, yang mana lebih berbahaya dan yang mana memberi kebaikan? Ini sukar dipastikan, namun anda boleh menilainya dari aspek kestabilan dan kebolehpercayaan. Amat sukar, jika tidak mustahil, untuk mencuba semua program yang tersenarai dalam Internet. Anda perlu mengambil risiko atau bertangungjawab terhadap apa yang dilakukan perisian berkenaan terhadap PC anda.

• Berwaspada ketika memindah terima

Jadi, berhati-hati ketika memindah terima. Sedarilah, Web kini menjadi medium maklumat yang dinamik, dan selalu berubah. Contohnya, jika sesuatu pautan (link) itu masih berfungsi hari ini, mungkin sebaliknya hari esok atau lusa. Begitu juga harga, versi, kategori dan lain-lain lagi, tertakluk kepada perubahan. Jadi, bersedialah untuk mencari lagi. Malah, tidak semua perisian dibekalkan serasi dengan semua sistem operasi (OS). Jadi, semaklah dan pastikan program yang dipindah terima itu berfungsi dengan OS anda atau tidak.

Anda perlu lebih awas jika memindah terima dan memasang aplikasi Freeware dan Shareware pada sistem di dalam rangkaian atau di tempat kerja. Ada program tertentu (seperti permainan) yang mungkin kelihatan baik fungsinya, tetapi boleh mengancam dan menganggu rangkaian. Ini tidak mustahil jika virus “disuntik” pada program ini dan ia bebas “mengamok” setelah dipasang. Malah, jika ramai pekerja menemui program tersebut dalam komputer pelayan dan dipasang untuk kegunaan sendiri, maka pelayan pun boleh “lumpuh”.

• Banyak program, banyak ragamnya

Ini belum diambil kira Adware, Spyware, dan lain-lain lagi yang boleh memasuki rangkaian. Jika syarikat ada 500 hingga 1000 PC, dan sebahagian besar memindah terima Freeware, cuba bayangkan masalah yang bakal timbul. Ada syarikat menghalang semua bahan yang dipindah terima stafnya, dan ada menggunakan program penapis, pemantau dan protokol untuk menangani tabiat Internet staf mereka. Jadi, anda perlulah prihatin dengan polisi syarikat dalam mengawal kegiatan memindah terima, dan perkongsian rangkaian ini.

Ada bermacam bentuk dan kategori perisian dalam Internet. Freeware contohnya, percuma untuk dipindah terima, tanpa disertai ikatan. Ada program yang bebas diambil, tetapi meminta anda tidak mengedarkannya semula. Kategori Shareware pula disertai dengan harga tertentu, tetapi fungsi tertentunya mungkin terhad. Pengguna adalah salah satu sumber pendapatan pembuatnya yang diharapkan agar membayar. Seperti yang anda mungkin ketahui, memang banyak program yang ditawarkan dengan berlandaskan konsep seperti ini.

Nagware kerap mengingatkan pengguna agar mendaftar dan membayar kos program mereka dan Trialware pula mematikan fungsinya selepas tempoh tertentu. Manakala, Demoware bukanlah program penuh, tetapi versi contohnya tiada ciri-ciri utama dan boleh luput tarikh. Jadi, hati-hati dengan program seperti ini dan jangan sangka setiap program yang ditemui jelas niat sebenarnya. Cuba kunjungi tapak Web pengarangnya, baca soalan yang sering ditanya, dan siasat terlebih dahulu sebelum terus menekan bebutang “Download”.

Tips penting aktiviti memindah terima

1. Berwaspada dengan sumber memindah terima. Selain di tapak Web penciptanya, perisian yang sama juga boleh ditemui di tapak Web awam atau persendirian. Sebaik-baiknya, pindah terima dari sumber bereputasi kerana ia mungkin mengimbas perisian itu untuk mengesan virus dan ancaman lain. Biarpun ada tapak Web tidak bereputasi yang menyediakan program yang anda cari-cari, namun tiada jaminan sumber itu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengesan parasit yang “menumpang” perisiannya.

2. Pastikan anda memang perlukan perisian berkaitan. Antaranya, pelbagai fon berbeza, demo permainan, screen saver, dan sebagainya yang mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanyut dan tenggelam dengan bahan-bahan dipindah terima seperti ini, jangan keberatan untuk membuangnya (uninstall). Biasanya, jika anda tidak menggunakan program tersebut selama sebulan, anda tidak akan menggunakannya lagi.

3. Jika sesuatu perisian itu memang perlu, cuba dapatkan daripada sumber yang menyediakan sokongan teknikal untuk penggunanya. Sesetengah tapak Web pencipta atau pembekal menyatakan dengan jelas komitmen mereka terhadap sokongan teknikal lepas jualan. Ini termasuklah menyatakan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi. Ini boleh membantu jika perisian yang digunakan itu bermasalah.

4. Baca perjanjian penggunaan sebelum memasang perisian. Ini berkaitan dengan undang-undang kerana anda mungkin menemui perkara yang tidak dijangka. Contohnya, pengguna yang memasang aplikasi Kazaa mendapati PC mereka terdedah kepada risiko “dirampas” ketika tidak digunakan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian aplikasi tersebut. Risiko ini mungkin “terselindung” dalam perjanjian.

5. Baca ulasan sesuatu perisian itu sebelum mencubanya. Apa sahaja perisian yang ingin dipindah terima sepatutnya telah diulas oleh sumber yang bereputasi. Walaupun ulasan ini bukan satu jaminan sesuatu itu berfungsi dengan baik, namun ia setidak-tidaknya dapat meyakinkan anda untuk memindah terima.

6. Jangan keberatan untuk membuang program yang mendatangkan masalah. Sebaik-baiknya singkirkan secepat mungkin. Jika dibiarkan, masalah itu mungkin menjadi lebih buruk. Mana-mana program yang “degil” boleh dibersihkan dari sistem dengan bantuan utiliti pembuang (uninstall) yang lebih berkesan.

7. Singkirkan sisa fail yang tinggal. Contohnya, sisa fail DLL dan yang berkaitan Registry. Saki-baki fail ini jika dibiarkan mungkin boleh menyebabkan masalah kelak. Jika fail tersebut sukar untuk dikesan dan dibuang, gunakan pogram yang boleh melaksanakan tugas ini dengan cepat, berkesan dan selamat.

8. Gunakan perisian Ad-aware (www.lavasoft.de/). Penggunaan perisian percuma ini disyorkan kerana ia dilaporkan mampu mengesan aplikasi pengintipan Spyware dan Adware dalam sistem atau rangkaian.

sumber : syok.org

10 Virus Yang Membahaya Terhadap Pc

 10 Virus Yang Membahaya Terhadap Pc selama ini




1.Storm Worm

Muncul tahun 2006, disebut “Storm Worm” kerana tersebar via email dengan tajuk “230 dead as storm batters Europe”. Storm worm adalah program Trojan house. beberapa versinya boelh buat komputer menjadi bots. Atau biasa digunakan hacker untuk spam mail melalui internet.

2. Leap-A/Oompa- A

Mac yang punya konsep security through obscurity yakin tidak akan diserang virus kerana OS nya sistem tertutup. Tapi tahun 2006, virus Leap-A atau 
biasa disebut Oompa-A muncul.Tersebar melalui iChat pada Mac. Setelah Mac di serang, virus itu akan mencari page melalui iChat dan kirim pesanan ke setiap page. Pesananya itu berisi file corrupt yang berbentuk JPEG. Memang tidak berbahaya, namun hal ini menyatakan bahawa masih mungkin akan ada virus berbahaya yang menyerang MAC.

3. Sasser and Netsky

Penciptanya adalah orang Jerman berumur 17 tahun, Sven Jaschan. Sasser menyerang Microsoft Windows. Sasser ini juga tersebar via email. Tapi jika satu komputer bersambung (connect ke komputer yang kena virus ini. Virus ini membuatkan komputer tidak boleh shutdown tanpa unplugged. Netsky tersebar melalui email dengan 22 Kb attachment file dan jaringan Windows.dan membuat serangan DoS. Sven Jaschan tidak dipenjara hanya diberi masa percubaan 1 tahun 9 bulan, kerana umurnya masih di bawah 18 tahun.




4. MyDome (Novarg)

Mulai menyerang pada 1 Februari 2004, virus ini merupakan backdoor di OS. Pertama kali pada 1 itu mulai DDoS. Kedua, pada 12 Feb, virus ini berhenti menyerang dan mulai buat backdoors. MyDoom menyebarkan via email, selain itu selalu search di search engines, seperti Google mulai menerima jutaan permintaan pencarian dan loadingnya lambat sampai akhirnya crash. Gara gara MyDoom, Senator US Chuck Schumer mengajukan pembuatan National Virus Response Center.




5.SQL Slammer/Saphire 

Muncul Januari 2003, tersebar dengan cepat dalam capaian internet. Waktu itu membuatkan layanan ATM Bank Amerika crash, hancurnya layanan 911 Seattle, dan Continental Airlines membatalkan beberapa penerbangan kerana error check in tiketing. Menyebabkan kerugian lebih dari $1 million sebelum dipacthed.



6.Nimda

Ini juga tahun 2001, asal dari perkataan “admiN”. Penyebarannya sangat cepat, menurut TruSecure CTO Peter Tippet, Nimda hanya memerlukan 22 minit buat menjadi Top Ten ketika itu. Target nya server2 Internet, menyebar melalui capaian Internet. Nimda akan menghasilkan backdoor ke OS. jadi penyerang boleh akses ke server dan berbuat apa saja Nimda juga menjadi DDoS.



7.Code Red & Code Red II

Muncul musim panas 2001, menyerang OS Windows 2000 & NT. Virusnya akan menyebabkan buffer penuh dan "memakan" semua jumlah memori. Paling teruk ialah waktu berhubungan White House, semua komputer yang kena virus ini bekalan automatik akses ke web server di White House berasingan, akhirnya overload, alias serangan DDoS. Akhirnya Microsoft lumpuh patchnya ketika itu.


8.The Klez

tersebar pada tahun 2001, menyerang via email, replikasi terus mengirim ke pengguna pengguna di address book.Menyebabkan komputer tidak boleh beroperasi,dan mematikan program antivirus.




9.ILOVEYOU

dari Filipina, bentuk nya worm, program standalone mampu mengalikasi sendiri. Menyebar via email, tajuknya ”surat cinta” dari pengodam rahsia . Original file nya LOVE-LETTER- FOR-YOU.TXT. vbs. VBS singkatan Visual Basic Scripting. Penciptanya adalah Onel de Guzman dari Filipina.


10.Melissa

Dicipta pada tahun 1999 sama David L Smith, basicnya Microsoft Word macro. Menyebarkan via email dengan dokumen “Here is that document you asked for, don’t show it to anybodey else.”. Kalau dibuka, virus akan replikasi dan automatik mengirim email ke top 50 di address book email. Smith dipenjara 20 bulan dan didenda $5000 dan dilarang akses komputer tanpa pengawasan.

Thursday, April 7, 2011

Rechargeable battery with built-in usb









design dari projek Haimo Bao, Hailong piao, Yuancheng Liu dan Xiameng Hu, bateri recharge built-in usb, pengisian peranti genggam elektronik
hebat kan ..Dalam hal ini,mungkin device ni boleh digunakan sebagai bateri yang paling umum

Wednesday, April 6, 2011

tips SHORTCUT

SHORTCUT

Win(logo) » to open start menu , untuk menampilkan start menu

  Win+R » to open Run dialog box, membuka dialog RUN

  Win+M » to minimize all opened windows, untuk minimize semua program yang sedang aktif/dijalankan

  Win+Shift+M » to maximize all opened windows, untuk maximize semua program yang sedang aktif

  Win+L » Back to login page (programs is still active), Kembali ke tampilan login (kondisi program masih aktif)

  Win+E » to open My Computer , untuk membuka jendela my computer

  Win+F » to open search options , untuk membuka tampilan search

  Win+U » to open Utility Manager , untuk membuka utility manager

   Win+D » to view desktop/minimize all windows , untuk menampilkan desktop

  Win+F1 » to view windows help page , untuk membuka windows help

  Win+Pause » to view the System Properties dialog box , untuk membuka properti sistem

  Win+Tab » move through taskbar programs , untuk pindah ke program yang lain yang sedang aktif

Alt+Tab » move through opened windows programs, untuk berpindah ke program yang lain yang sedang aktif

Alt+F4 » to close active windows program, untuk menutup / menghentikan program yang sedang aktif

Alt+ SPACEBAR +N » to minimize the active program , untuk minimize satu program yang sedang aktif

Alt+ SPACEBAR+M » Press keys to move the active program , untuk memindahkan posisi/letak aktif program

Ctrl+Alt+Delete / Ctrl+Shift+Esc » Apply to open windows task manager , untuk membuka task manager

Ctrl+Esc » to open start menu , untuk menampilkan start menu

Shift » press when inserting CD/external drive to prevent CD/external drive from automatically playing, untuk mencegah autoplay CD atau external drive , tekan Button shift ini ketika memasukkan CD / external drive

Shift+Delete » Untuk memadam terus sesuatu file/Obejk (tidak ke Recycle Bin)

tips untuk membuat Alarm pada pc / notebook

tips untuk membuat Alarm pada pc / notebook untuk kejutkan tidur bagi yang payah untuk bangun tidur. Tips ini juga boleh diubah suai untuk membuat peringatan dan sebagainya.
Buka Aplikasi windows Scheduled Tasks melalui Start Menu.

» Klik Start Menu -> Programs -> Accessories -> System Tools -> Scheduled Tasks.

Setelah Paparan "Scheduled Tasks" dibuka, lalu klik kanan mouse pada area kosong di bawah "Add Scheduled Task" item. Sebuah popup-menu akan muncul, dan pilih [New] lalu klik [Scheduled Task]. Sebuah task baru muncul dan berikan nama. contoh: beri nama "Alarm".


 Selesai memberi nama task baru, klik kanan mouse pada task "Alarm", maka popup-menu akan muncul dan pilih [Properties] . Paparan "Alarm" ditampilkan dan disini kita perlu melalukan pengaturan seperti berikut:

- Pada tab "Task", Klik [Browse] dan cari file-file berformat audio yang sesuai dijadikan sebagai Bunyi Alarm. Format audio dari file yang dipilih sebaiknya berformat wav,mp3 atau mid. Pilih file audio yang berbunyi keras ataupun tidak sedap didengar. Sebagai contoh dengan memilih file audio dengan alamat "D:\My Music\Lagu

Techno\Audio Style.mp3".



Setelah itu tick (tanda)pada 2 item pilihan iaitu:
[√] Run only if logged on
[√] Enabled (scheduled task runs at specified time

Dan Klik [Apply]

- Setelah itu, pada tab "Schedule" -> klik dan setkan jam berapa anda ingin dibangunkan.


Contohnya:

Scheduled Task: Daily
Start Time: 6:00
Scheduled Task Daily: Every 1 day(s)

Klik [Apply] dan selesai.

Program ini akan beroperasi apabila tiba jam 06:00 AM.

- Pada tab "Settings" -> klik dan kosongkan semua tanda ataupun pastikan tiada apa-apa tanda, kecuali pada "Wake the computer to run this task." (biarkan ditanda bagi tujuan jika komputer berada dalam posisi Standby) dan Klik OK.

Sekarang task "Alarm" sudah beroperasi, Pastikan sound speaker pada Komputer anda di setkan dengan volume yang tinggi.

Monday, April 4, 2011

Cara Menampilkan Subtitle ke Dalam Filem





Jika file masih dalam bentuk rar atau zip, maka ekstract lah dahulu dengan menggunakan aplikasi Winrar
Pindahkan file film dan subtitlenya ke dalam satu folder. Nama filem dan subtitlenya harus sama.

Misalkan filmnya berjudul Hancock.avi, maka subtitlenya - Hancock.srt.
Kemudian mainin filmnya dengan Windows Media Player. subtitle otomatis akan keluar.
Atau
Instal aplikasi VLC Media Player , Jika film dan subtitlenya sudah berada dalam satu folder serta nama film dan subtitlenya sama, maka otomatis teks akan keluar.

Namun jika tidak keluar, maka masukkan subtitle secara manual dengan cara klik menu Video, pilih Subtitle Track, lalu pilih Load File. Cari/ Browse file subtitlenya terletak di mana, kalau sudah ketemu pilih dan klik OK.
Jika file film berupa MKV, maka bisa diputar dengan
menggunakan VLC Media Player

Friday, April 1, 2011

applikasi mozilla firefox,google chrome


mozilla firefox
mozilla menyediakan pelbagai add ons untuk support pelbagai apps yg anda inginkan
manakala


google chrome
chrome pula menyediakan beribu extensions,pilih saja apps yg anda ingin kan download dan install
tapi masalahnya sekarang ada saja error pada extensions yg miko pilih,setiap kali, caution : this exts can harm your pc
grrr..
ada tak reader yg boleh bantu miko..mekasih

dan apa pula kelebihan safari?


20 Tips & Trick FaceBook Yang Mungkin Belum Anda Ketahui

salam..dan selamat petang
miko share info dari mel


 Jika Anda surfing Facebook setiap hari atau kadang-kadang, kemungkinan Anda sudah akrab dengan barang-barang biasa seperti menambah / mencari rakan mendelete rakan2 yg tak di perlukan hehee , update status, wall dan profil, menambahkan dan menjelajahi halaman   aplikasi, dll, tapi ada lagi ..

Minggu ini kita ingin membahas beberapa hal menarik yang dapat Anda lakukan pada (atau dengan) Facebook; termasuk trik yang tidak diketahui atau belum diketahui oleh anda

1. Menempatkan Facebook Chat di Samping Browser Firefox (Sidebar)
Facebook Chat sangatlah busy, setidaknya itu memungkinkan Anda untuk mengirim pesan instans ke kotak Facebook online. Namun colum chat box-nya berada di bagian bawah halaman, bagaimana jika ketika kita sudah Sign Out dari Facebook tetapi masih ingin tetap Chating dengan teman anda? Jika Anda menggunakan Firefox, Anda dapat menempatkan Facebook Chat di sidebar. Caranya Adalah sebagai berikut:

Pada menu Bookmarks, pilih Organize Bookmarks …
Klik pada New Bookmark …

Masukkan nama. Masukkan http://www.facebook.com/presence/popout.php, kemudian lihat pada Load this bookmark in the sidebar

 Kemudian pada menu Bookmarks, pilih http://www.facebook.com/presence/popout.php Address yang telah Anda Bookmark tadi.


 2. Mendownload Satu Album Sekaligus dari Facebook
Dengan Mozilla anda dapat mendownload add-ons FacePAD: Facebook Photo Album Downloader yang memungkinkan Anda untuk men-download Album Anda /teman-teman Anda , sekaligus, dengan satu klik

 3. Update Status Tanpa Log In Via Facebook
hellotxt dan Ping.fm memperkenalkan filter filter yang memungkinkan administrator update Facebook Facebook Pages



4. Cara schedule Pengiriman Pesan di Facebook 
Sendible membantu anda buat schedule  Facebook terlebih dahulu sehingga Anda dapat mengirim pesanan ke rakan, pelanggan atau redear di masa depan.



5. Bagaimana Membunyikan Status Updates Dari Teman Anda di Facebook 
Sebuah tutorial singkat tentang Make use of untuk membantu Anda cara menyembunyikan update status Facebook dan menjaga rahsia profile dari teman-teman yang Anda tentukan.






 6. Cara Membuat Foto rakan sekolah dll/Alumni Profil di Facebook
Klik pada tab Friends. Lanjutkan ke tab More. Dari “Choose an option“, pilih salah satu tanda strip “-“. Lanjutkan dengan memilih rakan rakan sekolah dll/alumi.


7. Cara Mengetahui Jika dalam mode silent hehehe rakan Facebook Menghapus atau Mem-Blok Account Anda ..ni takleh jadi nih
X-Friends adalah alat yang unik untuk bantu anda menyiasat aktiviti rakan rakan yang menghapus atau mem-Blok account anda
so sad..


 8. Cara Men-Sharing Foto Di Flickr ke Facebook
Flickr2 Facebook membantu Anda meng-upload foto ke Facebook dari Flickr.



9. Bagaimana Cara Menampilkan Foto yang Muncul di Profil Facebook 
Filter di Facebook yang membantu Anda mentukan siapa yang akan muncul di kotak Friends. Klik “edit” di kotak rakan Anda dan klik nama-nama rakan rakan terbaik Anda dalam kotak “Always show these friends” 
amacam..






10. Cara Menghapus Iklan di Facebook
Greasemonkey ini script – adalah Facebook: Cleaner menghapus kan updates iklan yang mengganggu pada halaman Facebook.
hapuskanya..




11. Bagaimana Menghubungkan Foto rakan di Facebook di Microsoft Outlook
OutSync adalah aplikasi terbaik dari Windows yang menghubungkan foto rakan di Facebook Dengan adanya app Microsoft Outlook. Hal ini memungkinkan Anda untuk memilih app yang diperbarui. Sehingga Anda dapat memperbarui semua app sekaligus atau memenuhi kejndak anda





12. Bagaimana Menampilkan Status di Facebook pada Blog WordPress
Metode berikut ini memanfaatkan status Facebook dan WordPress RSS widget untuk menampilkan Status Facebook di WordPress blog .





13. Bagaimana Cara Posting Blog Post di Facebook Secara automatik 
Wordbook atau NetworkedBlogs memungkinkan Anda untuk cross-posting blog Anda ke Facebook Wall. Facebook Anda “box” tab akan menampilkan posting blog terbaru.

14. Bagaimana Akses Facebook Chat di Desktop
Gabtastik dan Digsby memungkinkan anda mengakses Facebook Chat pada desktop Windows Anda diluar web browser, menggunakan resolusi dan sistem memory yang minimal.





15. Cara Membuat Kuiz Mudah di Facebook 
LOLapps menyediakan tempat untuk membuat kuiz yang dapat digunakan dengan mudah dan dapat kita share di Facebook.





16. Cara Menyembunyikan Status Online Anda di Facebook Chat Dengan Memilih Kategori bar
Facebook memiliki rakan daftar yang berkomunikasi dengan Chat dan Anda juga dapat memilih rakan rakan yg dalam daftar bar tersebut yang boleh melihat Anda online.






17. Bagaimana Mendapatkan Update Status Pada Facebook di Email
NutshellMail akan updates dan berkeja keras ke atas account Facebook Anda melalui kotak masuk yang sering Anda gunakan.





18. Cara Update Facebook Status dari Firefox
FireStatus adalah apps update status untuk berbagai laman sosial, termasuk Facebook.


19. Bagaimana Cara Facebook-an di Desktop Anda
Seesmic Desktop, Facebooker, Xobni, Facebook Sidebar Gadget, Scrapboy and Facebook AIR application adalah aplikasi desktop yang memungkinkan Anda berinteraksi seperti halnya yang Anda lakukan di Facebook, tapi tanpa browser.


20. Cara Menghapus, Membatalkan Account dan Profil Kita di Facebook
Sebuah panduan sederhana untuk menghapus atau membatalkan account dan profile Facebook kita dengan mudah.




jika reader hanya baca trick di atas mungkin rasa  peningkan, apakata reader cuba explore trick tersebut ?
kalau ada kesilapan dalam prasa perkataan pada info di atas,miko minta maaf
jangan bunuh patik tuanku..