my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 31, 2010

buah tangan dari umrah

hari ahad semalam..ibu saudara kesayanga ku selamat pulang ke tanah air setelah 2 minggu menunaikan umrah
alhamdulillah..selamat pergi dan selamat pulang

avocado

Avokado / avocado / Alpukat / Persea americana / la Manzana del invierno
Pokok Avacado merupakan pokok saka yang menghasilkan buah
adalah pokok  tempatan di Mexico dan Amerika Tengah, dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Nama "avokado" turut merujuk kepada buahnya dengan biji berbentuk telur.

Avokado adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang.

Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.


dengar cerita di indonesia popular jus alpukat coklat betul..wah macam best je..
saya tak pernah rasa..dan tak tahu bagaimana cara pembuatan nya
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
 

Alpukat juga dikenali untuk meningkatkan kesihatan kulit dan rambut  Walaupun ia selalu di kenali sebagai sebagai masker untuk muka

lime

lime / limau nipis / Citrus aurantifolia

Limau nipis merupkan sejenis tumbuhan yang buahnya dijadikan air minuman dan juga dicampur dalam masakan. Limau nipis dipercayai berasal dari India dan Myanmar atau Asia Tenggara. Kini ia ditanam hampir di seluruh kawasan tropika dan subtropika.

Buahnya terkenal sejenis perisa yang penting dalam masakan Melayu seperti mee rebus, mee bandung, dan lain-lain. Pokoknya pula adalah lebih kurang 5 m tinggi.


Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.


 Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A.


Antaranya, buahnya boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.

 Buahnya juga sering kali digunakan untuk menyental dan mengilatkan kuku di samping boleh dijadikan sebagai bahan pencuci bagi menghilangkan bau badan.

Bagi suri rumah pula, buah limau nipis sudah tidak asing kerana selalu digunakan sama ada sebagai perisa masakan dan makanan.

Dalam pada itu, di kalangan pengamal ubat-ubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan badan ibu-ibu yang baru bersalin iaitu dengan menyapukan ramuan itu ke bahagian perut.

 Limau nipis juga boleh dijadikan air yang menyegarkan untuk diminum semasa hari panas terik. Ia turut dicampurkan kepada air teh o bagi menambahkan kelazatan.

Minyak yang diperah daripada kulit buah limau nipis digunakan sebagai pewangi dan aroma terapi dalam perubatan alternatif. Asid sitrik daripada jus limau nipis digunakan dalam industri makanan, minuman, farmasi dan dalam proses mewarnakan kain.

egg plant

 terung / brinjal / egg plant / melongene

Terung ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India  dan Sri Lanka,

Ia ditanam di bahagian selatan dan timur Asia sejak zaman prasejarah tetapi dikenali di dunia Barat tidak lebih awal dari sekitar tahun 1500. Rekod bertulis yang pertama terhadap Pokok Terung dijumpai dalam Qí mín yào shù, sebuah karya pertanian Cina kuno yang disiapkan pada tahun 544 dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. 

 Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.
Dari segi botani, terung yang dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji  yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.
 Terung ialah sayuran yang ditanam untuk dimakan. Saiz terung berbeza-beza antara kecil hingga besar, bergantung kepada kultivarnya. Sayur tersebut mempunyai berbagai-bagai warna, terutamanya warna ungu, hijau, dan putih. 


Sebagai tanaman asli, terung banyak digunakan dalam masakan India , misalnya di sambhar , dalma (persiapan dal dengan sayur-sayuran, asal Orissa) , chutney , kari , dan acar . 

Kerana sifat fleksibel dan digunakan secara meluas baik kehidupan seharian dan mahupun majlis atau dalam masakan india, sering digambarkan bahawa terung sebagai 'Raja' Sayuran.
 Dalam satu piring, terung  ini diisi dengan tanah kelapa , kacang , dan masala dan kemudian dimasak dalam minyak.

 Di Pakistan terung di sebut Bengun sedangkan di Bangladesh , terung itu disebut Dimula
 terung berwarna ungu,putih, belang-belang hijau, dan masih banyak lagi. Semuanya kaya akan sumber kalori, tenaga sebanyak 17,4 kal, protein 1,2 gram, lemak 0,2 gr, kolesterol 0 mg, vitamin (A, B1, B2, B6, dan C) sebanyak 0-2,8 mg. Selain itu juga mengandung potasium sebanyak 187 mg, dan kandungan air 92,5 gr.

warna ungu yang terdapat pada terung merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.


agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrient. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

Sunday, May 30, 2010

Green apple granny smith

Green apple granny smith / epal hijau / Malus  'Granny Smith Ramsey'
epal hijau Granny Smith, berasal Maria Ann (Sherwood) Smith Australia, 1867 dari keluarga Ramsey Granny Smith

Granny Smith epal berwarna hijau muda mempunyai tekstur  keras,ranum,berair manis masam sangat baik untuk di makan mentah selain dari membuat tart dan jem epal

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


 Epal hijau boleh membantu mencegah:

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu kesihatan membran paru-paru.

Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

 Membantu mengekalkan berat badan.

Mengurangkan tekanan penyakit asma.

Mengurangkan risiko barah.
Menurut kajian memakan epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau
 
Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. 
Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.
setiap sebiji buah epal mengandungi kandungan serat  sebanyak 5 gram
Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. 
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
 Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.



sos tabasco

Sos Tabasco

 sos tabasco adalah sos panas yang terbuat dari paprika Tabasco (Capsicum frutescens var). Tabasco, cuka, dan garam, dan berusia di dalam tong kayu ek putih selama tiga tahunMemiliki pedas, rasa panas. 
Tabasco adalah nama jenama untuk sos dipasarkan oleh pengilang Amerika Syarikat sos panas, McIlhenny Syarikat Avery Island, Louisiana
 Walaupun dihasilkan di Amerika Syarikat, namanya diperolehi dari negara dari Tabasco di Mexico. McIlhenny Syarikat adalah generasi kelima sebagai perniagaan keluarga yang dikendalikan. Semua 145 pemegang saham mereka diwarisi atau diberikan dari ahli keluarga yang lain yang tinggal. 
 sos tabasco merah asli kekal baik selama 5 tahun bila disimpan di tempat sejuk dan kering

Beberapa sos dihasilkan dengan nama Tabasco Sauce, termasuk jalapeno berasaskan hijau, Chipotle berasaskan merokok, habanero , bawang putih, dan "manis dan pedas" sos.


pear

pear / pir / Pyrus communist

pir  adalah pokok buah genus Pyrus,buah ini mengandungi batu sel juga disebut "pasir"
 

Pir adalah tanaman penduduk asal  daerah beriklim dari Dunia Lama , dari barat Eropah dan utara Afrika timur ia dipercayai bahawa pir berasal dari kaki gunung India Selatan dan Afganistan.

buah pir juga terdiri daripada beberapa jenis.
Ada pir berwarna merah, ada yang berwarna merah hati, ada juga berwarna coklat dan tidak kurang juga pir yang kulitnya bercapuk-capuk.

Kebanyakan pir yang diimport ke sini berwarna hijau. Buah pir ini juga terdiri daripada beberapa nama mengikut warnanya.

Pir hijau diberi nama Anjou dan musimnya dari September hingga Jun. Ada juga yang diberi nama Red Anjou dan musimnya dari September hingga Mei.

Pir Nelis (kulitnya bercapuk-capuk) mula dituai antara Ogos dengan Disember sementara musim untuk pir Seckel yang berwarna merah hati ialah dari September hingga Februari.

Pir Bartletts hijau dan merah menyala tetapi bentuknya lebih panjang daripda pir Anjou merah. Ia dipetik dari Ogos hingga Disember.

 pir didapati mempunyai lebih banyak serat
Setiap buah pir saiz sederhana (100 gram) mengandungi 4.8 gram serat

 buah pir dikatakan antara makanan yang sangat digalakkan kita memakannya untuk melindungi diri daripada barah.

Memakan buah pir juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung kerana pir antara buah yang hampir tiada lemak, lantas tiada kolesterol.

Hampir separuh daripada kandungan serat di dalam buah pir, terdiri daripada bahan pektin dan sesetengah kajian mendapati bahawa pektin boleh mengurangkan risiko kolesterol serum di dalam darah.

Mereka yang menghidap kencing manis memang harus mengelakkan makanan yang tinggi kandungan gulanya. Namun mereka digalakkan makan buah-buahan segar seperti buah pir untuk memenuhi keinginan mereka terhadap makanan yang manis.

Pesakit kencing manis seperti orang lain juga harus makan sekurang-kurangnya empat hingga lima sajian buah dan sayur-sayuran setiap hari.

Memakan buah-buahan segar bersama kulitnya seperti buah pir membantu melambatkan proses tubuh menghasilkan gula daripada karbohidrat.

Pir juga baik untuk mencegah radikal bebas disebabkan kandungan vitamin C yang cukup tinggi. Vitamin C memacu sel darah putih melawan infeksi, membunuh bakteri dan virus, serta meregenerasi vitamin E. Vitamin E merupakan antioksidan larut lemak, sedang vitamin C larut air. Tanpa kehadiran vitamin C, vitamin E akan teroksidasi oleh radikal bebas.

Pir boleh berguna dalam merawat radang selaput lendir , radang usus kronik, gangguan hempedu  , arthritis , dan gout .  Pir juga dapat bermanfaat dalam menurunkan tekanan darah tinggi  , mengawal darah kolesterol tingkat, dan keasidan urin meningkat.

Di Greek purba, pir digunakan untuk mengubati mual.

Pir juga bersifat sejuk dan ini menjadikan ia sesuai untuk meredakan demam panas. Bagi wanita mengandung, ia dapat meredakan rasa loya akibat morning sickness dan juga untuk mabuk perjalanan.Jika anda bercadang untuk membuat sendiri jus pir, hampasnya jangan dibuang begitu saja. Ia boleh dibuat bahan dalam roti atau boleh dijadikan baja untuk tanaman.

inside mahkota parade

suffer..at mahkota parade

kueh teow sizzling lada hitam dan nasi ayam malaysia...boleh tahan..sedap...

Saturday, May 29, 2010

baby spinach

baby spinach / bayam 

 Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Terdapat perbezaan antara spesis bayam Amaranthus dan Spinacia walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam ini adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. 

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

bayam sering digunakan dalam masakan Eropah. Daun   pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad.


nenas

 Nanas / nenas / ananas /Ananas comosus (L.) Merr
Adalah sejenis tumbuhan  tropika yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay. Tumbuhan ini termasuk dalam  Famili Bromeliaceae.
pokok nya rendah, mempunyai daun yang panjang, berujung tajam, tersusun  mengelilingi batang yang tebal.

Buahnya dalam bahasa Inggris disebut sebagai pineapple kerana bentuknya  seperti pohon pine


Nama 'nanas' berasal dari sebutan orang Tupi untuk buah ini: anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".
Nenas ditanam daripada penunasan bahagian atas buah, anak pada pangkal pokok induk atau pangkal buah dan kultur tisu yang dijadikan benih. Burung Madu (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.

Kadar pertumbuhan nenas bergantung kepada kelembapan tanah dan pokoknya selalunya tumbuh setinggi 50-150 cm. Tanah yang terlalu kering boleh merencatkan pertumbuhan nanas sementara tanah yang terlalu basah boleh menyebabkan jangkitan kulat dan akar dan pangkal pokok yang busuk. Oleh itu, pengawalan dan pengurusan air dan rumapi penting untuk menjamin pertumbuhan yang baik.

Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.
Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan.

Buah nenas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nenas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. 

Nenas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nenas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah. Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.



jus nenas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

Amalan minum jus nenas, juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.