my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 26, 2011

Sunflower seeds

Biji bunga matahari / Sunflower seeds /

sumber mengatakan bunga matahari dipercayai berasal dari Mexico dan Peru, namun pokok bunga matahari telah digunakan untuk lebih daripada 5,000 tahun oleh orang asli Amerika, yang bukan sahaja menggunakan benih sebagai makanan dan sumber minyak, tetapi juga digunakan bunga, akar dan batang untuk tujuan yang pelbagai termasuk sebagai pigmen pewarna. bunga matahari dibawa pulang ke Eropah oleh Para penjelajah Sepanyol dan selepas ia di ditanam di Sepanyol, Biji bunga matahari diperkenalkan kepada negara-negara lain

 pengeluar utama komersial benih bunga matahari termasuk Persekutuan Rusia, Peru, Argentina, Sepanyol, Perancis dan China.


 bunga matahari  bukan sahaja cantik dengan kembang kuning yang besar malah menghasil biji benih yang mempunyai nilai hasil yang tinggi
biji benih  bunga matahari adalah sumber utama
dalam proses polyunsaturated oil

biji bunga matahari juga di jadikan makanan ringan,rupanya yang kecil bujur mempunyai kulit bewarna hitam putih berjalur dan mempunyai isi putih nipis sangat dengan rasa sangat lemak dan mempunyai kandungan
vitamin E, selenium,magnesium(anti kanser)
antioksida,phytosterols ( Rendah Kolesterol),vitamin B1
fosforus, vitamin B5 dan folat.

pulasan

pulasan

pulasan tergolong dalam keluarga Sapindaceae,merupakan buah tropika ynag yang mempunyai rupa sama sepeti rambutan
cuma bezanya pulasan berwarna merah gelap,atau merah tua
buah pulasan mempunyai rerambut yang lebih pendek dan keras berabnding rambutan,isinya juga lebih tebal
pulasan juga di kenali dengan nama rambutan botak,nama buah pulasan di katakan pulasan berasal dari perkatan pulas atau twist, buah ini di buka dengan kedua dua belah tangan,kerana itu ianya di namakan pulasan (sumber wiki)

sejarah mula mula buah pulasan ini di temui,iaitu Pokok pertama ditanam di Stesen Trujillo Penyebaran Tumbuhan di Puerto Rico pada tahun 1926 dan pokok muda dari Jawa dihantar ke Taman Eksperimen Lancetilla, Jaringan, Honduras, pada tahun 1927