my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 26, 2011

senja di persisir sungai melaka




senja di pesisir sungai melaka,tetiba ada aeroplane interframe,dia lalu dan meningglkan jejak asap..

Labu masak lemak kuning

Labu masak lemak kuning

bahan

1 biji labu bersaiz kecil
di potong
2 batang serai
1 biji kelapa asing santan cair dan pekat
sehelai daun kunyit

bahan kisar
2 labu bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
20 biji cili api kampung
kisar je semua,

method :

masuk kan bahan kisar dalam periuk bersama
santan cair dan labu yang di potong
didihkan hingga labu empuk,tapi jangan terlalu lembik

masukan serai,dan santan pekat,kacau selalu,bila dah mendidih,masuk kan daun kunyit
senangkan,main campak je

pastu makan dengan nasi lembut dengan telur masin,dan sambal belacan..wah..

filem Karak

salam..
hari ni miko dengan husband gi Mahlota Parade,semangat nak gi tengok wayang filem Karak,
10 minit pertama filem ni memang berhantu gile..lepas tu tak berapa nak takut sangat,tapi tabik spring kat Yusry KRU,sebab sistem bunyi dalam filem ni memang best,pastu di tambah dengan karektor hantu yang berubah wajah ,nampak real dan memang seram
lakonan shiera aiyob dan Shahir tidak menghampakan,tapi bagi miko kehadiran kilafairy dalam filem tu tak mendatang kan kesan,ada tak apa tak ada pun tak apa,
apapun miko bagi 4 bintang kat filem ni

6 jun ni miko nak terjah panggung lagi nak tengok Gangster KL,miko tengok trailer filem ni menarik sangat..
tunggu eh
 

Thursday, May 19, 2011

Lollo Rossa Lettuce / Itali lettuce



Lollo Rossa Lettuce / red lettuce / Continental Red Lettuce / Lactuca sativa / Itali lettuce

Lollo Rosso Lettuce adalah salad berdaun hijau,ungu dan kemerahan dengan daun membentuk rumpun dan kerinting dihujung,Lollo Rosso Lettuce tergolong dalam keluarga Asteraceae
Lollo Rosso Lettuce di tanam meluas di California.

Di Itali Lollo Rossa Lettuce,sangat terkenal sebagai salad mahal kerana daunya yang cantik,tebal dan crispy,Lollo Rossa Lettuce memiliki rasa ringan dan sedikit rasa manis


Lollo Rossa Lettuce  menawarkan tekstur yang sangat baik dan rasa merah beraroma, segar dalam salad atau sandwic, atau gunakan sebagai hiasan makanan, Lollo Rosso  Lettuce mempertahankan tekstur crispy lebih lama daripada kebanyakan sayur-sayuran.

Bergantung pada kelainanya, Lollo Rossa Lettuce menawarkan nutrisi salad berbeza-beza. Semua salad menyediakan beberapa serat makanan, karbohidrat, protein
malah Lollo Rossa Lettuce dikatakan mengandungi quercetin antioksidan, yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.


Dandelion Greens

Dandelion Greens / Taraxacum officinale.

Dandelion Greens atau nama saintifiknya Taraxacum officinale,adalah sayuran jenis harba tergolong dalam keluarga Asteraceae, nama santifik officinale bererti tanaman untuk sifat ubat,kerana Dandelion Greens itu adalah sayuran yang mempunyai rasa pahit

bukan sahaja daun dandelion greens boleh di buat salad dan sebagainya malah bunganya juga boleh di buat arak,di buat madu dan penambah rasa di dalam sayuran yang di goreng,manakala akarnya yang agak pahit boleh di panggang di jadikan minuman pengganti kopi dan tonik herba sebagai rawatan fungsi pencernaan dan tonik hati

di Kanada akar dandelion greens di jadikan ubat yang telah di sahkan,dijual terutama sebagai diuretik. iaitu sejenis ramuan dari ekstrak akar dandelion greens yang boleh diminum untuk rawatan membersihkan darah,anemia, penyakit kuning, dan juga untuk gugup

di katakan kesan bahan kimia hepatoprotective  yang diekstrak dari akar dandelion telah dilaporkan juga boleh mendatangkan kemabukan


di United Kingdom sejenis minuman ringan Dandelion dan Burdock dijual di kedai sebagai minuman kesihatan.

Dandelion Greens mempunyai nilai gizi yang tinggi seperti vitamin A dan C, dan zat besi
di samping rendah kalori dan antioksida

Wednesday, May 18, 2011

Tatsoi

Tatsoi / Brassica narinosa / Brassica rapa var. rosularis /  spinach mustard /  spoon mustard /  rosette bok choy

Tatsoi adalah tanaman ini memiliki daun berbentuk sudu bewarna hijau gelap yang membentuk roset tebal. Ini mempunyai tekstur krim yang lembut dan mempunyai rasa halus ,tatsoi tergolong dalam keluarga brassica termasuk broccoli, Brussels sprouts, collards ,kale

tatsoi California banyak di temui di pasaran,tatsoi sangat tahan terhadap cuaca dingin kini tersedia sepanjang tahun kerana ditanam secara komersil atas permintaan .


tatsoi mempunyi rasa yang lebih ringan dari sawi dan mempunyai tekstur yang serupa dengan bok choy.
tatsoi umumnya, dimakan mentah, tetapi boleh ditambah ke sup pada akhir tempoh memasak. Ketika tatsoi dicampur dengan sayuran lain meningkatkan rasa dan nilai gizi.

tatsoi sangat kaya akan kalsium dan vitamin dua kali berkhasiat sebagai bok choy,tatsoi rendah kalori tapi tinggi mineral, vitamin,dan antioksidan

Endive

Endive / Cichorium endivia L. /

Endive berasal Belgium di temui sekitar 1830, Sayuran ini tajam, lembut dan lazat ,kerana kelazatan dan kessesuaianya endive tersebar ke Amerika Syarikat

 Endive tergolong dalam keluarga sawi putih ,yang meliputi variasi iaitu Curly endive ( berdaun kecil ), radicchio dan Escarole (berdaun lebar)
 Daun di luar dari kepala endive berwarna hijau dan pahit. Daun bahagian dalam endive bewarna putih dan beraroma lebih ringan. Kedua-dua jenis endive digunakan dalam campuran salad dengan salad 

endive Belgium amat di gemari dan mudah di tanam seperti salad,
endive Belgium tumbuh dalam dua tahap,iaitu unutk akar,daun kuning dan putih.
jika anda ingin tahu akar endive yang telah di kerat boleh di tuai semula untuk mendapatkan hasil

Endive kaya mineral,  folat,vitamin A ,B, C dan K,beta-karoten,kalium. dan sangat tinggi dengan serat rendah kalori

endive sering disebut ratu dari sayuran kerana fizikalnya elegan dan merupakan salad sihat.endive sayuran yang paling berharga dan serbaguna di dunia.

endive boleh di sediakan dalam pelbagai cara  direbus, kukus, dipanggang, atau ditumis,grillled

Mizuna

Mizuna  / Sawi Jepun / Xiu Cai / Kyona / Japanese Mustard /  Potherb Mustard /  Japanese Greens / California Peppergrass / Spider Mustard / Brassica rapa var. nipposinica

Mizuna berasal dari negara Jepun tergolong dalam keluarga sawi Brassica rapa var. nipposinica,mula tersebar di barat sebagai campuran hidangan salad,mizuna mudah di dapati kerana ia hidup sepanjang tahun,mizuna terdapat banyak variati seperti Early Mizuna,Kyona Mizuna,Komatsuna Mizuna,Vitamin Green Mizuna,Kyoto Mizuna, Happy Rich Mizuna,Summer Fest Mizuna,Tokyo Early Mizuna,Mibuna Mizuna,Red Komatsuna Mizuna,Waido Mizunaand dan Purple Mizuna

ada sumber mngatakan mizuna telah ditanamkan di Jepun sejak zaman kuno, tetapi kemungkinan besar ia berasal dari China.

pokok sayur mizuna membentuk rumpun sekitar 22cm (9 ") daunya bewarna hijau tua dan daun bergigi dan berbulumemiliki rasa yang ringan namun tajam.
Daun mizuna yang masih muda mempunyai rasa lebih manis,ringan dan  segar. manakala daun mizuna dewasa  sedikit kasar dan menawarkan  rasa pedas kerana itu ia telah diberi gelaran "moster spider". 

Daun mizuna telah tersedia nilai gizi seperti beta karoten, vitamin mineral, serat dan rendah kalori.  umumnya dicampur dengan salad lain untuk meningkatkan penampilan, aroma, dan nilai gizi salad.

Friday, May 6, 2011

Cotoneaster

Cotoneaster /
Cotoneaster adalah genus dari tanaman berkayu seperti mawar terdiri dalam keluarga  Rosaceae,

tumbuh asli di wilayah Palaearctic juga di temui di Asia, Eropah, Afrika Utara  dengan hidup subur  di pergunungan China barat daya dan Himalaya Cotoneaster juga berkaitan dengan Hawthorns (Crataegus), firethorns (Pyracantha), photinias (Photinia) dan rowans (Sorbus) *miko dah postingkan sebelum ini

pokok Cotoneaster setinngi  5-5 meter menghasilkan bunga dihasilkan di akhir musim semi hingga awal musim panas,Buah  cotoneaster sangat kecil iaitu 5-12 milimeter  diameter,bewarna  merah muda atau merah terang, oren bertukar maroon atau hitam ketika matang


Horned melon

Horned melon / Cucumis metuliferus / timun Afrika / buah blowfish


timun Afrika juga di sebuat timun bertanduk,tembikai,labu air,tomato inggeris,sejenis tanaman sepeti Melano (buahnya seakan akan tomato ataupun gajus) dan kiwano (di sebut di negara New zeland) dan juga dikenali sebagai "cherie", adalah sebuah pokok anggur tahunan dalam keluarga timun dan tembikai
timun Afrika berasal dari daerah Gurun Kalahari Afrika dan kini melaus di tanam di California, Chile, Australia dan New Zealand  

di  tenggara Amerika timun Afrika juga dikenali sebagai buah blowfish,pokok timun afrika itu ditanam untuk buahnya, yang kelihatan seperti timun lonjong dengan duri seperti tanduk.
Ketika matang buahnya membesar sekitar 15 cm, kulit timun Afrika bewarna kuning-oren dan mempunyai isi tebal,berair,dengan sedikit manis dan bewarna hijau terang dengan rasa yang serupa dengan pisang ataupun kiwi dan tekstur mirip dengan timun. 


 Buah dari tanaman ini boleh dimakan,juga digunakan sebagai sering untuk dekorasi atau penghias piring untuk makanan.

Di Zimbabwe, timun Afrika  disebut 'gaka' atau 'gakachika' dan ini digunakan terutamanya sebagai ulam,salad, dan dekorasi makanan

timun Afrika kaya vitamin C,serat mengandungi kalium dan besi dan kalori rendah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menguatkan dinding pembuluh darah.



Artemesia / apsintus

Artemesia / apsintus
 
Artemesia adalah sejenis tanaman golongan herba merupakan  genus paling besar  pelbagai tanaman dengan antara 200 hingga 400 spesies yang termasuk dalam keluarga Asteraceae daisy.
antara spesis dalam keluarga yang sama dengan artemesia yang sering di temui antaranya mugwort, sagebrush, sagewort, and wormwood,Tarragon (A. dracunculus) dan Southernwood (A. abrotanum).Sebahagian besar spesies mempunyai aroma yang kuat dan rasa pahit

Artemesia adalah tanaman yang tumbuh di Tenggara dan selatan terutamanya dalam iklim sedarhana kering,pokok artemesia biasanya berbunga pada akhir jun 

Daun Artemesia sama sepeti bentuk daun pakis,daunya ditutupi abu abu bewarna putih, pokok artemesia boleh mencapai ketinggian 25-30 cm

Daun aromatik Artemesia juga di anggap sebagai  ubat, dan sebahagian digunakan untuk menaik kan aroma masakan. Sebahagian besar spesies mempunyai rasa yang sangat pahit terutamanya dracunculus A. (tarragon),jenis ini banyak digunakan sebagai ramuan, khususnya dalam masakan Perancis.

genus Artemisia juga diberi nama sebagai botani kuno. Artemisia adalah isteri dan adik dari / Raja Yunani Parsi Maussollos . Artemisia, yang memerintah selama tiga tahun selepas kematian raja, adalah seorang penyelidik ahli botani dan perubatan, dan meninggal pada 350 SM

 Artemisia umum (A. absinthium) telah digunakan dalam ubat-ubatan dan minuman seperti Absinth dan Vermouth.