my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Recipes masakan simple. Show all posts
Showing posts with label Recipes masakan simple. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

ayam goreng homemade


ayam goreng homemade

ayam yang telah di bersihkan
3 bij telur
1 cawan susu segar yang di pukul
3 cawan self-rising flour

method

ayam di perap dengan garam dan garam hitam selama 15 minit

masukan ayam ke dalam susu yang di pukul

di dalam mangkuk lain masukan tepung (self-rising flour) gaul ayam dan goreng

memang best ,lembut di dlaam garing di luar

sambal tumis petai dan aneka roti


Mee Kari Letopp..


sedap..dan sedap..

Friday, December 2, 2011

roti canai dan asam pedas ikan tenggiri

 
resepi

roti canai
 
*miko dah postkan July 21, 2010
kali ni miko canai lebih sikit untuk wat roti canai segera

Asam Pedas Ikan Tenggiri

5 kelar ikan tenggiri
4 biji terung di belah empat
sebatang serai di ketuk
4 sudu cili mesin
air asam jawa
5 helai daun limau purut
garam

bahan kisar

2 biji bawang merah
3 biji bawang kecil
3 biji bawang putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit

bahan tumbuk kasar

segenggam lada hitam

method

tumis bahan kisar di tumis hingga wangi

masuk kan 4 sudu cili kisar
goreng hingga pecah minyak

masukan ikan,serai dan daun limau purut

kemudian perahan air asam jawa,terpulang pada kepekatan kuah

setelah kuah hampir mendidih masukan lada hitam yg di tumbuk kasar,terung dan sedikit garam

biar kuah mendidih suapaya ikan dan terung benar2 empuk

Thursday, May 26, 2011

Labu masak lemak kuning

Labu masak lemak kuning

bahan

1 biji labu bersaiz kecil
di potong
2 batang serai
1 biji kelapa asing santan cair dan pekat
sehelai daun kunyit

bahan kisar
2 labu bawang merah
3 biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
20 biji cili api kampung
kisar je semua,

method :

masuk kan bahan kisar dalam periuk bersama
santan cair dan labu yang di potong
didihkan hingga labu empuk,tapi jangan terlalu lembik

masukan serai,dan santan pekat,kacau selalu,bila dah mendidih,masuk kan daun kunyit
senangkan,main campak je

pastu makan dengan nasi lembut dengan telur masin,dan sambal belacan..wah..

Friday, October 1, 2010

bubur pulut hitam tahi murai

Bubur pulut pitam tahi murai

santan yang di curah ke atas bubur pulut hitam ni di panggil  tahi murai oleh tempat kelahiran suami miko
tapi kat tempat miko pula panggil santan darat,miko masak santan tu kerana elak kan basi
tak kisahlah apa pun nama panggilan bubur ni janji sedap di makan..ye tak

bahan
2 cawan beras pulut hitam di rendam
1/2 cawan gula pasir - terpulang  pada anda
1 kotak santan ms

bahan tahi murai / santan darat
1 kotak santan ms
garam

method

bersihkan pulut hitam dan didihkan dengan 3 cawan air sehingga kembang,tambah air lagi sehingga beras pulut kembang

masukan gula dan 1 kotak santan didihkan lagi hinggga kuahnya pekat

didihkan 1 kotak santan dan masukan 1 sudu kecil garam
ketepikan

semasa hidang bubur tuang beberapa sudu santan ke atasnya

Sunday, September 26, 2010

gulai kerang cilipadi

gulai kerang cilipadi

bahan
2 kilo kerang saiz besar
1 kotak santan ms
2 batang serai di ketuk
2 helai daun kunyit di racik


bahan mesin (belasah je)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
25 tangkai cili padi


method
cuci kerang hingga bersih,toskan ke dalam tapis

tumis bahan mesin hingga wangi,masuk kan santan ,serai dan daun kunyit,biarkan mendidih

masukan kerang,kacau rata,tutup kuali(dgn penutup kukus pun bleh) selama 6 ke 7 minit,
pastu hidang

sedap kalau makan dengan nasi panas panas,ada lak sambal belacan ke,ikan masin ke,pastu sirap limau..

ubi kayu rebus

makan ubi rebus cicah gula,sambil tu minum kopi..pastu hujan merenyai..best tak?

Sunday, September 19, 2010

gulai kari daging melaka

gulai kari daging melaka


bahan
1 kilo daging lembu di hiris
1 biji kelapa asing santan pekat dan cair
6 biji kentang di belah 4
3 batang serai di ketuk
6 helai daun limau purut
air
garam
3 sudu serbuk kari daging babas
3 sudu kerisik
5 sudu cili mesin
2 keping asam gelugur kering

bahan tumbuk
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia di mayang
2 sudu lada hitam biji di tumbuk separa kasar

bahan tumis
4 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 pcs kulit kayu manis di patahkan 2


method
daging di bersihkan dengan air limau kasturi untuk buang hanyir,ketepikan

panaskan minyak,tumiskan bahan tumis hingga naik bau

satukan bahan tumbuk,cili mesin,serbuk kari dan kerisik di dalam mangkuk gaul rata
kemudian tumis hingga garing,kacau selalu

masukan daging,kacau rata,masukan serai daun dan daun limau purut,masukan sedikit air di dalam bekas mangkuk rempah yang di gaul ke dalam daging,agak2 daging tenggelam,didihkan hingga daging empuk,kacau selalu

setelah sedikit pekat masukan santan cair dan kentang,didihkan lagi

akhir sekali masukan santan pekat,asam gelugur dan garam

masak hingga kuah pekat

pergh..gulai nih memang best

kuah lontong & nasi himpit

kuah lontong & nasi himpit


bahan
1 mangkuk santan pekat dan cair
segengam udang kertas
1 biji sengkuang di hiris memanjang
2 biji lobak merah di hiris memanjang
suhun
fucuk tauhu kering di gunting
kubis di hiris
6 batang kacang panjang di hiris
2 keping tempe di potong 6 
4 keping tauhu di belah

nasi himpit di belah 6
4 biji telur ayam di rebus
sambal


bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu udang kering di rendam
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

2 tangkai serai di ketuk
2 sudu cili mesin
garam
minyak


method
panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau,masukan cili ,kacau lagi

masukan sengkuang dan lobak merah,dan serai kacau rata,kemudian masukan santan cair
masak hingga mendidih dan  sayur menjadi lembut

masukan udang kertas,kacang panjang,suhun,fucuk tauhu,tauhu,kubis,tempe dan santan pekat

perasakan dengan garam

Sunday, September 12, 2010

rendang ayam cili padi

rendang ayam cili padi

 
bahan
1 ekor ayam di belah sedang
1 biji kelapa di ambil santan di asing kan pekat dan cair
1 cawan kerisik
garam

bahan kisar
3o biji cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
1 cm lengkuas

method
masukan bahan mesin,didihkankan

masukan ayam dan gaul rata,tgu hingga air ayam menjadi sedikit kering,masukan perasa

masukan santan cair,kacau lagi hingga pekat barulah di masuk kan santan pekat

kemudian kacau lagi hingga pekat,masukan kerisik,gaul hingga rata,dan angkat

hidang bersama ketupat daun 
sedapnye

kuah kacang

kuah kacang

 

bahan
1/2 kilo kacang yang di goreng tanpa minyak,di buang kulit,di tumbuk sedarhana kasar
perahan air asam jawa
4 sudu  cili kisar
1/2 cawan kecil gula melaka
gula pasir
garam

bahan kisar
3ulas bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 batang serai
2 biji buah keras
1 cm lengkuas

method
tumis bahan kisar hingga naik bau
masukan cili kisar

masukan perahan air asamg,gula melaka,gula pasir dan sedikit garam biar hingga gula hancur dan mendidih
masukan kacang,masak hingga pekat,hidang bersama ketupat
 
 

Air jagung

Air jagung
air jagung

bahan
1 cawan kecil pes jagung
2 cawan gula
air
daun pandan

method
masak pes jagung bersama gula dan air,simpulkan daun pandan
masak hingga mendidih

bancuh air jagung tadi dengan susu pekat manis dan hidang panas atau pun sejuk

Wednesday, September 8, 2010

air katira miko

air katira miko
2 botol ais krim soda longchan (FN pun boleh tapi kalau nak lagi sedap try guna maduria sebab FN sedikit masam)
1 tin susu  cair IDEAL
2 sudu biji selasih di rendam hingga kembang kemudian di tapis
3 biji buah kembang semangkuk di rendam hingga kembang kemudian leraikan urat2nya
3 biji buah kurma madu di buang biji dan di hancurkan
sedikit pewarna hijau

method
campurkan semua bahan di atas dan sejukan 

air katika ni rasa halus dan manis merdu

air soya

air soya
bahan
1 cawan kacang soya di rendam semalaman
1 1/2 gula pasir

method
bersihkan kacang soya yang di rendam dan buangkan kulitnya

kisar halus kacang soya dan tapiskan,guna tapis kain lebih baik untuk mendapat hasil yang halus

kemudian didihkan air soa bersama gula masak lah hingga mendidih

boleh di hidangkan ketika panas ataupun sejuk

sayur kacang panjang

 sayur kacang panjang


bahan
seikat kacang panjang di hiris
2 biji carrot di hiris memanjang
1 cili merah di hiris
1 pati kiub ikan bilis
garam

bahan tumbuk
2 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih kecil

method
tumis bahan tumbuk hingga wangi,dan masuk kan kiub pati ikan bilis

masuk kan carrot dahulu,masukan sedikit air,gaul agar ia empuk

kemudian masuk kan kacang panjang,serbuk perasa dan garam

Thursday, September 2, 2010

ikan mabong goreng asam

ikan mabong goreng asam

 

bahan
3 ekor ikan mabong
3 biji cili basah merah di hiris
5 biji cili padi di belah 2
perahan air asam jawa
garam
kunyit
1 ulas bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 cm halia di hiris memanjang

method
ikan di gaul bersama kunyit dan garam,goreng garing dan ketepikan

tumis bawang merah,bawang putih hingga naik bau,masukan halia,tumis lagi

masukan air perahan asam jawa,garam,sedikit serbuk kunyit dan cili

apabila kuah mendidih masukan ikan,balik2kan sempurna,hidang

gulai lemak pucuk ubi cik salmah

gulai lemak pucuk ubi cik salmah



pucuk ubi
( di celur bersama sedikit garam untuk menghilangkan pahit)
1 kotak kecil santan

bahan tumbuk
sejemput ikan bilis
1 ulas bawang besar
5 biji cili api hijau

method
masukan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan sedikit garam,masak hingga mendidih

kemudian masukan pucuk yang telah di perah airnya dan di cuci,masak hingga mendidih


hidang bersama sambal belacan dan ikan masin,wah sedapnya

Tuesday, August 31, 2010

kueh teow goreng lembap ber'kerang

kueh teow goreng lembap ber'kerang

 
bahan
1 paket kueh teow
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit daun bawang
2 keping tauhu
2 keping fishcake
1 cawan kerang rebus
1/2 cawan air rebusan kerang
1 biji telur
1 kiub pati ikan bilis knorr
4 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram

bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

method
tumis bahan tumbuk dengan kiub pati ikan bilis hingga wangi

masuk kan cili,goreng sempurna,kemudian masukan sos tiram,kerang gaul mesra

masukan sawi,fishcake,tauhu,kemudian air rebusan kerang dan pecahkan telur
kacau telur hingga hancur,perasakan dengan garam

akhir sekali masukan kueh teow,setelah mesra masukan taugeh dan daun bawang,taugeh jangan goreng terlalu lama,biar ranggup sedikit
baru piau..

asam rebus ikan selar

asam rebus ikan selar
 

bahan
3 ekor ikan selar di kerat dua
6 biji bendi
perahan air asam jawa
4 sudu cili kisar
garam

bahan tumbuk
4 sudu cili kisar
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

method
masukan bahan tumbuk,cili mesin dan air perahan asam jawa ke dalam periuk,kemudian rebuskan

bila agak mendidih masukan ikan,bendi dan garam,kacau perlahan nanti ikan hancur


tunggu lagi hingga kuah mendidih,tutup api dan hidangkan