my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 30, 2010

Green apple granny smith

Green apple granny smith / epal hijau / Malus  'Granny Smith Ramsey'
epal hijau Granny Smith, berasal Maria Ann (Sherwood) Smith Australia, 1867 dari keluarga Ramsey Granny Smith

Granny Smith epal berwarna hijau muda mempunyai tekstur  keras,ranum,berair manis masam sangat baik untuk di makan mentah selain dari membuat tart dan jem epal

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


 Epal hijau boleh membantu mencegah:

Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

Mengurangkan risiko penyakit jantung.

Membantu kesihatan membran paru-paru.

Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

 Membantu mengekalkan berat badan.

Mengurangkan tekanan penyakit asma.

Mengurangkan risiko barah.
Menurut kajian memakan epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau
 
Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. 
Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.
setiap sebiji buah epal mengandungi kandungan serat  sebanyak 5 gram
Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. 
Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
 Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.



No comments:

Post a Comment