my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010

Kemunting

Kemunting / Rhodamyrtus Tomentosa
Kemunting Merupakan tumbuhan yang biasa tumbuh sebagai semak samun di Hawaii dan Malaysia kemunting juga menjadi tumbuhan yang biasa menguasai kawasan lapang dan terbiar di Thailand ia
 merupakan pokok renik yang mencapai ketinggian hanya 1m. Pokoknya berbulu. Daun adalah glabrus di abaksial, berbulu putih dan bentuk adalah eliptik yang bersaiz 4 hingga 6.5cm panjang. Peruratan utama timbul di abaksial. Pokok kemunting adalah berbunga. Bunganya berwarna merah jampu. Bilangan bunga adalah 1 hingga 3 dalam satu tangkai. Ia mempunyai buah yang berbulu dan boleh dimakan.

Kemunting hidup subur dikawasan yang tanahnya mempunyai kelembapan yang tinggi terutamanya berhampiran dengan paya atau sungai. Namun ia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah pasir dan tanah yang agak masin.Di Malaysia dan Thailand kemunting biasa dijumpai hidup dikawasan tanah pasir dan juga kawasan yang berpaya.

masyarakat kadazan dusun merebus akar kemunting untuk menjadikan air rebusannya sebagai penawar untuk muntah berdarah.Air rebusan ini (lebih kurang 150 ml)diminum tiga kali sehari selama tiga hari. Buahnya yang manis boleh digunakan untuk membuat pai dan juga jem. Di kawasan selatan Thailand buah kemunting yang masak ranum dan manis rasanya dimakan bersama santan yang dicampur dengan sedikit garam.
 Pokok kemunting boleh merawat sakit perut. Pucuk dan daun direbus dan airnya diminum. Ia dapat melegakan sakit perut.

 Pucuk pokok kemunting boleh digunakan untuk rawatan selepas bersalin. Pucuknya, daun inai, daun hati-hati dan daun jampu batu direbus bersama dan airnya diminum untuk mengecutkan rahim.

Di samping itu, akar dan daun pokok kemunting boleh mengubati keputihan pada wanita. Akar dan daun direbus bersama dan campuram itu dibuat untuk diminum.

1 comment: