my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

rambutan /

Rambutan / Nephelium Lappaceum L./ hairy fruit

adalah sejenis pokok buah saka. Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia  dan Sri Lanka. Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika  dan Afrika.

Pokok rambutan boleh ditanam melalui biji benih ataupun melalui cantuman. Biji benih rambutan adalah jenis rekalsitran. Biji benih rambutan boleh disemai di dalam kotak semaian dan hendaklah dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 20 x 25 cm apabila mencapai ketinggian lebih kurang 30 cm. Biji benih juga boleh disemai terus ke dalam polibeg. Rambutan juga biasanya dibiak dengan cara cantuman. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil dan telah mengeluarkan daun baru.
Pokok rambutan boleh mengeluarkan hasil selewat-lewatnya tiga tahun selepas ditanam ke ladang. Buah rambutan mengambil masa 90-120 hari untuk matang. Perubahan warna daripada hijau kepada kuning atau merah merupakan petunjuk bahawa buah boleh dituai. Bergantung kepada klon buah rambutan, hasil semusim ialah di antara 80 – 200 kg/sepokok.
 tekstur rambutan mempunyai kulit yang di penuhi rerambut mengikut warna pada variasinya,isinya tebal manis dan berair dan mempunyai biji bujur bewarna coklat muda

rambutan terdapat dalam pelbagai variasi antaranya :

Rambutan budak sekolah

Rambutan gula batu

Rambutan kawin

R134
Klon ini berasal dari Singapura dan didaftar pada bulan Mac 1946. Buah besar dan berbentuk bujur. Kulit berwarna merah tua, rambutnya sederhana panjang dan jarang. Isinya tebal dan sederhana pejal, rasanya manis, lekang dan berjus.

R 156
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus. 

 R 160
Rambutan ini digelar 'Khaw Tow Bak' berasal dari Pulau Pinang dan didaftar pada 7 Jun 1970. Saiz buah berbeza-beza daripada sederhana besar hingga besar. Buah berbentuk bulat bujur. Kulit berwarna merah. Rambutnya kasar dan pendek. Isinya tebal, lembut, manis dan berjus. Lapisan selaput biji terikut sedikit pada isi.

 R 162
Klon ini dipanggil 'Oh Heok' berasal dari Pulau Pinang dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Kulit buah berwarna kuning kemerahan. Saiz buah besar, berbentuk bujur, berambut halus dan sederhana panjang. Isinya tebal, lekang, pejal dan sederhana manis. Lapisan biji terikut pada isi.

 R 167
Dikenali dengan nama 'Chai Taw Cheng' dan telah didaftarkan pada 17 Jun 1970. Saiz buah sederhana besar, berkulit nipis dan berwarna merah kekuningan, rambutnya panjang dan berwarna hijau. Isinya lekang, pejal dan rasanya manis.

R 168
Klon 'Che Embong' berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada 23 Julai 1970. Saiz buah adalah sederhana panjang. Kulit berwarna mrah kekuningan dan sederhana kasar. Isinya tebal, pejal dan rasanya manis.

 R 170
Dikenali dengan nama 'Deli Cheng' berasal dari Pulau Pinang dan telah didaftar pada 17 Jun 1970. Mempunyai buah berwarna merah yang besar dan berbentuk bulat bujur. Rambutnya sederhana panjang dan kasar. Isinya lekang, tebal, pejal dan sederhana manis. Lapisan selaput biji terikut sama dengan isi.

R 185
Terkenal dengan nama 'Lekang Nyior" berasal dri Gurun, Kedah dan didaftarkan pada 14 Februari 1980. Buahnya besar, berwarna merah dan berbentuk bulat bujur. Isinya lekang, rasanya manis dan didapati kering sedikit. Kulit biji tertanggal dan terikut bersama isi.

 R 191
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.

antara khasiatnya

dapat merawat demam
Cuci kulit buah rambutan yang telah dikeringkan (15 g). Tambahkan tiga gelas air bersih, lalu rebus sampai mendidih selama 15 minit. setelah sejuk tapis dan minum airnya 3 kali sehari

menghitamkan rambut
ambil daun rambutan di ramas dan di campur air,cuci rambut setiap kali selepas mandi untuk menghitamkan rambut


No comments:

Post a Comment