my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 18, 2010

tumbuhan dan herba ciptaan dari Allah swt 7

Selasih /manis rayhan / tlasih / basil / basilikum / Ocimum / sweet basil / horapa / kemangi / Amping Merupakan herba tegak, sangat harum, tinggi 0,6-1,6 m. Batang cokelat, segi empat. Daun tunggal berhadapan, bertangkai, panjang 0,5-2 cm, bulat telur, ujung dan pangkal agak meruncing, permukaan daun agak halus dan bintil-bintik kelenjar, tulang daun menyirip, tepi bergerigi, panjangnya 3,5-7,5 cm, lebar 1,5-2,5 cm, warna hijau tua. Bunga berwarna putih atau lembayung, kelopak sisi luar berambut, bulat telur terbalik dengan tepi mengecil sepanjang tabung. Biji keras, cokelat tua, bila dimasukkan dalam air akan mengembang



Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.




Limau Nipis / citrus aurantifolia / lime / limah / limaPohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Limau nipis biasanya ditanam secara tut di Asia Tenggara. Di kawasan lain, bijinya digunakan sebagai benih. Limau nipis juga boleh membiak melalui kaedah cantuman tetapi jarang dilakukan.
Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita. Boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah malah ia lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.
Buah limau nipis adalah kecil dan bulat atau bujur jenis beri, berukuran 2.5cm – 5 cm garis pusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Buah limau nipis mengeluarkan bau yang wangi.

Rasa masam dan pahit pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung juga memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

jika Demam Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditampalkan pada dahi pesakit.



Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak.


Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.


Lemon / Citrus limon


Selama bertahun-tahun, lemon yang kaya vitamin C dan A ini telah digunakan untuk mengobati sejumlah penyakit
Jus lemon di antaranya berguna membersihkan mulut, membantu pencernaan

Kepercayaan Mesir kuno, mengakui minum jus lemon bisa melindungi tubuh dari berbagai macam racun dan penyakit. Keyakinan akan khasiat istimewa buah kuning kecil ini akhirnya terbukti.



Khasiat Lemon

Baik untuk sakit kepala disebabkan oleh suhu panas. kepeningan. tekak perit, muntah-muntah dan loya. Untuk menghilangkan sakit kepala gosokkan dahi anda dengan kulit lemon

Meredakan Demam
demam dan badan menggigil ,
lemon dapat meringankan gejala-gejala tersebut. Buat jus dari satu buah jeruk lemon dicampur dengan sedikit air panas dan madu. Minum segera setelah dibuat, ulangi setiap dua jam hingga demam reda.

Vitamin C dalam buah jeruk lemon membuat kulit bercahaya dan sifat alkalinya dapat membunuh beberapa jenis bakteri penyebab jerawat. Selain minum air perasan lemon pada pagi hari, lakukan perawatan wajah dengan jeruk lemon sebagai berikut ia dapat menghilangkan JerawatOleskan jus lemon segar pada jerawat dengan jari bersih atau bola kapas, biarkan semalaman. Cucilah wajah dengan air keesokan paginya. Pada awalnya mungkin ada sedikit rasa terbakar dan tidak nyaman di kulit, tetapi akan segera hilang.
Penelitian menunjukkan bahwa lemon dapat menenangkan dan membantu menghilangkan rasa letih, lelah, pusing, cemas, gugup, dan ketegangan. Menghirup aroma minyak lemon efektif meningkatkan konsentrasi dan kewaspadaan. Sebaiknya gunakan aroma lemon sebagai penyegar ruangan di tempat kerja untuk meningkatkan produktivi kerja. Percikkan beberapa titis minyak esenstial lemon pada saputangan lalu hirup bila Anda merasa tegang.

Kulit lemon efektif menghilangkan bengkak di tangan. Letakkan seiris jeruk lemon setebal 5 mm ke tangan yang kapalan lalu gosok-gosokkan pada permukaan kulit, kemudian balut semalaman. Mengusap daerah kapalan dengan minyak essenstial lemon, bisa membantu mempercepat proses penyembuhan.

Cara terbaik menikmati air lemon adalah menggunakan air suam. Air yang terlalu sejuk atau terlalu panas menyebabkan tubuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyerap dan memproses minuman ini. Sementara air suam di campur lemon memudahkan proses pencernaan dan penyerapan nutrisi.



Pokok Strawberi / Fragaria Chiloensis L


Adalah sejenis genus pokok dalam famili Rosaceae. Terdapat lebih dari 20 spesies serta beberapa hibrid dan kultivar.
Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.
Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.

Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.kandungan vitamin BI, B2, C dan Provitamin A pada Strawberi dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit lebih cerah, bersih


Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.

Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi ,
Hancurkan buah Strawberi kemudian dengan menggunakan jari, tempelkan pada gigi kemudian biarkan selama satu atau dua minit. Setelah itu gosok dengan berus gigi secara menyeluruh.




Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.

Tiga hingga empat cawan air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Anti Kanser
Vitamin A yang terdapat di dalam buah ini, dapat membantu mencegah pembentukan radikal bebas, vitamin C menjaga reaksi bahaya di dalam sel, vitamin E can asam ellagic akan bertugas melindungi dinding sel bagi kerosakan kerana radikal bebas. Asam ellagic akan membantu melumpuhkan kerja aktif sel kanser.

Petua penyimpanan

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang
sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.

Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.

Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

buah ini juga adalah lambang cinta...strawberi cicah coklat uh..sedapnya

Asparagus / asparagus officinalis / hiyawn

Bahagian yang diambil adalah rebungnya atau batang muda tanaman yang baru muncul di permukaan tanah. Tanaman yang ditemukan pertama kali di Yunani sebelum masehi ini dipercayai mengandung senyawa alkali yaitu asparagin

bahan asparajin yang disebut membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik. Air kencing akan mengeluarkan bau yang luar biasa yang menunjukkan sistem tubuh badan sedang dibersihkan dan buah pinggang berfungsi secara normal.

Jerawat merupakan satu masalah dermatologi berpunca daripada pemakanan tidak seimbang dan pengambilan terlalu banyak makanan berlemak dan bergula.Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin

Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

menurut Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal
Amalan memakan daging dan minum kopi secara berlebihan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Tabiat pemakanan seumpama ini menyebabkan asid berkumpul dengan banyaknya dalam darah. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi keadaan itu jika makanan dan minuman itu dikurangkan sekaligus menghilangkan masalah jerawat serta membersihkan kulit.

Asparagus yang biasanya direbus atau dibikin jus kaya kandungan gizi yaitu vitamin C, vitamin E, vitamin B6, kalsium, magnesium, seng, protein, vitamin A, vitamin K, tiamin, riboflavin, rutin, niasin, zat besi, fosfor, potassium, tembaga, mangan, dan selenium, serta kaya akan serat alami yang dapat melancarkan sistem pencernaan. Sayuran ini juga memiliki kandungan kalori yang rendah, tidak mengandung lemak atau kolesterol, dan memiliki kandungan sodium yang sedikit.

Dalam asparagus juga banyak terkandung asam folat.
Asam folat dapat membantu memudahkan mendapatkan kehamilan. Selain itu, asam folat sangat berguna bagi ibu hamil dan janin, untuk melindungi cacat tabung saraf bada bayi. Terus mengkonsumsi asparagus setelah kelahiran juga akan memperlancar produksi air susu Ibu (ASI).

Berkhasiat bagi kesehatan tubuh.
Khasiat asparagus bagi tubuh antara lain mampu memperbaiki sistem kardiovaskuler dengan memperkuat fungsi hati, memperbaiki aliran darah, dan memperkuat kapiler tubuh

Sayuran ini juga berkhasiat untuk mencegah penyakit radang sendi, baik untuk penderita artritis, melindungi pecahnya pembuluh darah, mampu perbaiki kinerja ginjal, dan usus karena sifat diuretiknya (mengeluarkan cairan yang tak berguna dari tubuh dalam bentuk air seni). Dengan kata lain akibat efek diuretik ini akan membuat saluran urin menjadi lebih lancar dan mampu menghilangkan kristal ginjal. Namun jangan terkejut bila setelah memakan rasparagus, urin anda agak sedikit berbau tajam seperti sehabis memakan petai.

Asparagus memiliki antioksidan sehingga mencegah efek-efek penuaan.

Asparagus mampu menaikkan libido dan memberikan rasa nyaman

Asparagus membantu dalam treatmen penyakit HIV.

Asparagus membantu mencegah multiple sclerosis.

Asparagus membantu mencegah penyakit kudis.

Asparagus juga bagus untuk mata karena dapat mencegah katarak.

Asparagus juga mampu menutrisi rambut untuk mencegah rambut gugur

Asparagus juga dapat menangkal kanser, khususnya kanser paru. Kandungan agen anti kanser di dalamnya mampu menyusutkan tumor, dan meningkatkan produksi sel darah putih.

Asparagus juga berguna bagi penderita sakit gigi.

insyallah..

No comments:

Post a Comment