my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 6, 2010

Pumpkin / labu

Pumpkin  / skuasy  / Cucurbita spp.L.
 tergolong  daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.Labu adalah Perkataan yang berasal dari kata pepon (πέπων), yang merupakan bahasa Greek untuk "semangka besar"dipercayai berasal dari Amerika Utara


 saiznya bergantung kepada jenis kulitnya berwarna kuning keemasan dan hijau,isinya
padat,lembut berwarna kuning emas dan mempunyai biji atau kuaci berwarna putih

vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.

Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.

 isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning.
 Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala
labu yang diparut halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.


 biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. dengan mengamalkan lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.

selain dapat merawat masalah untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan. Biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampur dengan air suam. Tapiskan campuran itu dan airnya diminum sebelum tidur.

Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu.

Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.

No comments:

Post a Comment