my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

cempedak

Cempedak /  Artocarpus champeden.
merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan.Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Pokok cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus.

Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat variasi cempedak dimana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat variasi dimana ia kelihatan berkilat. Pokok cempedak hampir menyerupai pokok nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun dimana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.

Pokok cempedak adalah monoecious dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada pokok yang sama. Namun begitu bunga jantan dan betina terdapat dalam jambak yang berlainan. Jambak bunga jantan dan betina pada awalnya terbentuk didalam seludang yang nipis berwarna hijau.

Pokok cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora dimana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.

Pokok cempedak juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Pokoknya mudah mati pada kawasan sedemikian.

Pokok cempedak menghasilkan buah secara bermusim dimana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka dimana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya berkembang

Buah cempedak juga hampir sama dengan buah nangka dimana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaimana pun buah cempedak adalah lebih kecil dari buah nangka.

khasiat dalam cempedak

ia mengandungi tingi tenaga sangat tinggi dan berbahaya untuk pengidap kencing manis

No comments:

Post a Comment