Pages

Tuesday, June 29, 2010

resepi rendang ayam cili padi


rendang ayam cili padi

Bahan-Bahan:
Seekor ayam di potong  ikut suka
Santan dari 1 biji kelapa.
 4 sudu kerisik ( ikut suka)
Garam secukup rasa.
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di siat

bahan mesin
 30 biji cili padi kampung
5 batang serai
 2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara:
1. Masukkan ayam ke dalam kuali biar hingga airnya kering sedikit
2. Bila air ayam telah kering masuk kan bahan yang di mesin tadi.
3. biarkan sehingga bahan mesin dan ayam bersatu dan pekat (kalau cili tak masak dengan sempurna takut sakit perut)
4. masuk kan daun limau purut,daun kunyit dan garam..baunya akan naik
5. bila ayam sudah kering masukan santan cair dan  biarkan sehingga mendidih dan pekat kemudian barulah masukkan santan pekat kacau lagi hingga hampir kering,masukan kerisik  biarkan seketika dan angkat


p/s photo ni ambil guna hp jadi gambar ni tak clear sangat

No comments:

Post a Comment