ويقول المثقفون
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi
ikan cencaru goreng sambal
ikan cencaru goreng sambal
resepi ni ringkas gila,tapi kalau ikan nya masih baru cili pula masak sempurna memang best makan dengan nasi,sambal ikan ni saya makan bersama sup tauhu dan sayuran
4 ekor ikan cencaru di buang kulit di bersihkan dan di potong dua
2 senduk kecil cili mesin
2 ulas bawang besar di hilis bulat
1 ulas bawang putih di pecahkan (saya tak berapa suka bawang putih jadi saya masukan buat rasa)
kunyit serbuk
minyak
garam
method
ikan cencaru di gaul bersama kunyit dan garam halus,kemudian di goreng dan ketepikan
dalam minyak yang sama,masukan bawang merah,tumis hingga naik bau kemudian masukan bawang putih kerana kalau masuk awal bawang putih cepat hangus
masukan cili mesin dan goreng hingaa sambal masak sempurna dan sedikit garing,perasakan
kemudian masukan ikan cencaru tadi,gaul mesra dan hidangkan
simplekan
No comments:
Post a Comment