Tembikai / watermelon / Citrullus Lanatus / Timun Cina / Semangka
merupakan pokok menjalar memanjat dan melata yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.
Tembikai (Citullus lunatus) adalah sejenis buah tropika tergolong dalam keluarga yang sama dengan labu, petola, timu dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropikal di Benua Afrika dan kemudian diperkenalkan ke kawasan Mediteranean dan Asia. Antara Negara-negara pengeluar tembikai yang utama ialah Turki, Amerika Syarikat, China dan Rusia. Penanaman tembikai telah dimulakan di negeri Kelantan pada tahun 40-an dan mula berkembang jenis kacukan daripada Taiwan dan Jepun.
Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga variati yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.
Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
suami ku..kata-kata mu adalah awan hujan, dan kedukaan ku adalah kekeringan daripada pasir purba yang kontang, maka apakah jadinya jika datangnya hujan?
my adorable friends
ويقول المثقفون
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi
Saturday, May 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment