my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Monday, May 24, 2010

halba

Halba / trigonella foenum-graecum
 
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة).

Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China



Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

khasiat halba

 Diminum sebagai teh untuk melancarkan haid,menghilangkan kembung,sebu dan senak,sebagai pencuci perut,menguatkan jantung,menghilangkan lender tekak,melegakan sakit kepala/ migraine,membuang angin,menyembuhkan buasir,menggugut,merangsang rahim,kurang berat badan,mengawal kencing manis,radang kulit dan Bisul

 Teh Halba di campur dengan Madu untuk kurangkan ketagihan rokok dan dadah
juga merawat anemia

Untuk anak-anak yang baligh baik untuk kecergasan,kekuatan badan,tumbesaran

Untuk ibu menyusu pula halba berfungsi untuk meningkatkan air susu

 Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang


petua :  


masalah keguguran rambut

Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalah keguguran sekali.

No comments:

Post a Comment