my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 25, 2010

carrot

Lobak merah / carrot
Lobak merah merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan makanannya dalam ubi. Ia digunakan oleh manusia sebagai makanan. Lobak merah dikelaskan sebagai sayuran dan menjadi bahan masakan utama yang digunakan secara meluas dalam masakan di ASEAN.

Lobak merah juga digunakan bagi penyediaan acar timun, air lobak, dan kek lobak.

lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam. 
 Walau bagaimanapun memakan lobak semata-mata tidak akan menghalang anda daripada memakai cermin mata. Namun kekurangan vitamin A akan merosakkan penglihatan anda. Selain daripada lobak, sayuran hijau dan merah juga kaya dengan vitamin A.
 Sebagai sayuran berakar, lobak merah boleh dimakan secara mentah mahupun dimasak. Khasiat paling ampuh di dalam lobak merah sudah temtunya betakaroten yang mana berfungsi memberikan warna oren kepadanya. Betakaroten diketahui mempunyai khasiat yang tinggi terhadap kesihatan. Lobak merah juga kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral.

selain , kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
 

petua
daun lobak merah dihancurkan bersama madu, ia boleh menyembuhkan luka. 

Datuk Siti Nurhaliza juga mengamalkan pengambilan jus epal & lobak merah sebagai bahan anti penuaan
jadi jika anda ingin kulit kan kulit seperti beliau
apa salah nya jika mencuba?

No comments:

Post a Comment