my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 29, 2010

baby spinach

baby spinach / bayam 

 Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Terdapat perbezaan antara spesis bayam Amaranthus dan Spinacia walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam ini adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. 

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal.
Bayam tua yang direbus dan diminum dapat memperbaiki penglihatan dan memperkuatkan hati.

bayam sering digunakan dalam masakan Eropah. Daun   pula boleh dimakan mentah dan dijadikan salad.


No comments:

Post a Comment