my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, May 14, 2010

khasiat herba dan tumbuhan ciptaan Allah swt 6

Hempedu beruang / Thottea grandiflora / seburut / Seburut / Kerubut / Semubut / Telinga Kalawar / Tampunek Gajah / Seperuit / Daun Lanjut /purple Thottea



Kandungan kimia yang terdapat dalam tumbuhan ini ialah klorofom dan metanolik yang terdapat dalam ekstrak akarnya.
Ia mengandungi asid aristochloric. secara tradisi tumbuhan ini digunakan untuk mengubat penyakit kencing manis dan mengubat luka atau luka bernanah yang disebabkan oleh penyakit kencing manis.
Cara penggunaannya ialah dengan merebus kayu hempedu beruang dan minum airnya dua kali sehari pagi dan petang


Maman Hantu / Cleome gynandra L / pai huat tsai / man ma tia / kabani/ kadugu

Pohon pokok maman ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Ia tumbuh secara menegak dan mempunyai batang dan ranting-ranting yang berbulu atau berambut. Bentuk daun pokok maman ini mempunyai 5 helai daun membentuk satu kelompok. Manakala, pada bahagian pucuknya terdapat tiga helai dan daunnya yang lebih kecil, ia boleh dilihat pada berhampiran bunga pokok maman.
khasiatnya

Daun dan biji maman, digosok pada kulit secara terus, boleh menyebabkan berlakunya kulit melecur dan radang.
Biji maman (guna sedikit saja), jika ditumbuk lumat dan kemudiannya ditelan, dapat mengeluarkan angin. Penggunaan berlebihan, boleh mengakibatkan angin dalam perut. Sekiranya, ia direbus, air rebusan biji ini boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme. Air rebusan tersebut, boleh diminum bagi merawat gonorea dan cirit-birit (berlendir atau berdarah). Ekstrak biji pokok maman boleh dijadikan racun serangga.

Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakitnya. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan pada kepala (bagi menghilang sakit kepala). Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.


Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Bagi mendapatkan penawarnya ini, akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.


Durian Belanda / Annona Muricata L. / Sour sop / corrossolier / Pulippala /seri kaya belanda / nona belanda / goyabrano / Mak khieb thet / mang can chiem / tiep parang


Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

daunnya mempunyai bau yang agak busuk dan digunakan oleh masyarakat melayu dan india untuk menghalang gangguan makhluk halus.Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.
kegunaan:

Putiknya digunakan oleh masyarakat melayu untuk mengubati cirit birit dan berak berdarah.
Di Indonesia daunnya yang dihancurkan digunakan untuk merawat bisul dan daunnya yang dikeringkan digunakan untuk membunuh serangga.
Air rebusan daunnya digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus.
Di Malaysia, terdapat persediaan herba dalam bentuk cecair yang menggunakan daun durian belanda yang digunakan untuk merawat athritis, batuk dan demam.Demah atau tuam(poultice) yang menggunakan serbuk dari daunnya yang dikeringkan digunakan untuk menghilangkan radang dan merawat penyakit kulit.
Di Filipina batangnya yang muda digunakan untuk merawat luka dan menghentikan pendarahan.Air rebusan daunnya digunakan untuk berkumur bagi merawat ulser mulut dan menyembuhkan luka.

Di vietnam pula daunnya digunakan untuk menangani masalah kerungsingan.Walaubagaimanapun penggunaan tumbuhan ini yang banyak mengandungi tannin dan meningkatkan risiko kanser menimbulkan kebimbangan.

jika anak anak demam panas cara mengejut, selain dari rawatan moden di klinik sila gunakan daun durian belanda.

Caranya:
Pergi kat pokok durian belanda tu bagi salam, minta izin pada pokok untuk menggunakan daunnya bagi tujuan mengubatkan anak yang demam panas.
Ambil 10 helai daun durian belanda yang separuh tua, cuci. Rendam dalam besin 3 liter air dan ramas daun tersebut sehingga mengeluarkan warna hijau. Lumurkan (jaramkan) keseluruhan permukaan kulit anak anda yang demam panas itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. 10 minit selepas itu panas akan reda, anak akan tidur nyenyak.

Kalau anak-anak masih kecil terutama yang 10 tahun ke bawah, eloklah tanam sebatang dua pokok ni. Selain buahnya dapat dimakan; daun, kulit, putiknya boleh buat ubat.

Akar Ginseng jawa / Talinum paniculatum Gaertn / akar som jawa /akar som / akar songsong / akar ginseng / ulam ginseng / som jawa, kelesom / Taalinum triangulare wild / Turen shen / panicled fameflower root / Talini paniculati Radix


Akar ginseng yang asalnya tumbuhan liar kini mula ditanam dihalaman rumah sebagai tumbuhan hiasan dan tumbuhan ulam yang mempunyai khasiat perubatan.

kegunaan:Mengikut kajian saintifik kandungan kimia dan morfologi tumbuhan ini menyamai ginseng korea dan cina.

daunnya yang dijadikan ulam dapat menambahkan selera makan dan meningkatkan kecerdasan badan.ia juga dapat menambahkan air susu bagi ibu yang sedang menyusukan anak.akarnya pula boleh meredakan masalah batuk dan masalah paru-paru yang lain seperti asma.daunnya yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan sedikit gula merah boleh digunakan untuk merawat bisul dengan cara menampalnya pada bisul tersebut

masyarakat melayu di malaysia terutamanya di kelantan menjadikan akar ginseng sebagai ulam mentah. Kaum cina juga memanafaatkan tumbuhan ini dengan menggorengkan sebagai sayur.



Periuk Kera / Nepenthes mirabilis


tumbuh di kawasan yang lembab dan terbuka tumbuhan unik ini biasa dijumpai tumbuh liar dikawasan hutan hujan tropika terutamanya dikawasan paya.

Periuknya mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil pepsin yang dapat menghadamkan serangga yang terperangkap didalamnya dan menukarnya kepada nutrien untuk tumbuhan ini.
Periuknya mengandungi penutup yang menghalang air hujan dari bertakung di dalamnya.Tumbuhan ini boleh membiak melalui pecahan rumpun.
Jenis Nepenthes mirabilis banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan

Di sarawak periuknya digunakan untuk membungkus ketupat pulut yang dihidangkan di pagi raya.khasiatnya

Air yang terdapat didalam periuk kera ini dikatakan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan mata.

Akarnya digunakan untuk mengubat penyakit semput atau lelah atau asma dengan cara mengasah akarnya pada pasu dan dicampurkan dengan kemenyan putih. campuran ini dididihkan dan ditapis sebelum diminum airnya.

Kajian juga sedang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk membuktikan khasiat tumbuhan ini sebagai penawar kepada penyakit kanser.


Bawang putih / Allium sativum L. / garlic

kegunaan:

Mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan perubatan.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik alami di dalam tubuh manusia.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang banyak karbon monoksida (asap kenderaan).

Merupakan tumbuhan yang mampu meningkan imuniti badan dalam melawan penyakit

jika di patuk ular
tumbuk halus dan campur dengan air panas minum, insyaAllah bisa tak jalan dan tak bengkak

pokok beluntas / false ru / pluchea indica.


Pokok Beluntas adalah sejenis pokok ulam yang terdapat di hutan Malaysia.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Bahagian yang digunakan adalah daun dan akar

khasiatnyaReumtisme, Sakit sistem saraf,Merawat kencing manis,Memulihkan sistem penghadaman yang lemah,Merawat luka dan jatuh terseliuh, Merawat penyakit kulit,Menghapuskan cacing usus,Daunnya dibuat ulam.


paku pandan / sakat hantu / semun / paku rajang / bird's nest fern


Bahagian Yang Diguna adalah seluruh herba

khasiatnya
Melegakan sakit demam dan antidot,Aktifkan aliran darah,menghapuskan darah beku,Traumatik injur,Merawat bisul,merawat masalah sakit organ-sex lelaki

Terung pipit / Solanum Torvum / terung rembang / terung manggul



Terung pipit adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh mencapai 1.5m tinggi.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.

khasiatnya

Mengubati sakit kepala,mengubati sengal-sengal badan,taun dan cirit-birit,mengurangkan demam panas

Merawat buasir
caranya: daunnya dijadikan pes dan lotion

Merawat tumit kaki yang pecah
caranya: akarnya ditumbuk dan ditempelkan pada bahagian
yang berkenaan.

Menurunkan tekanan darah tinggi

Buah terung pipit sedap dimasak kari dan dijadikan ulam, dicicah sambal belacan atau budu,Daunnya dijadikan bahan perisa masakan.

kaktus / prickly pear cactus

Bahagian yang digunakan adalah seluruh herba

Melegakan demam dan toksin,merawat cirit-birit,merawat sakit kepala,merawat sakit tairoid(kelenjar)
Anti kanser, reumatisme dan sakit sendi

1 comment:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete