my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 18, 2010

herba inggeris..


 rosemary / rosmarinus officinalis


seindah namanya seharum baunya
daun nya berbentuk jejarum,mengeluarkan detah yang berbau harum, bunga berwarna biru lembut menjadi idaman setiap lebah,semerbak bau nya bila daun rosemary di lurutkan daripada tangkai,keharuman getahnya boleh kekal dalam tangan

herba mediterranean ini juga di kenali  ' dew of the sea '
hidup subur di tanah tinggi terutamanya kawasan berbatu di pinggir pantai

di tambah dalam masakan italli,manakala khasiatnya banyak di dalam perubatan dan kecantikan
baunya yang menjadi tarikan utaman biasanya di campurkan ke dalam syampu,minyak wangi dan mandian
campuran rosemary di dalam air panas digunakan untuk mewapkan muka secara lansung boleh melegakan keletihan otak setelah penat bekerja setiap hari



minyak rosemary amat berkesan untuk meransang otak terutamanya bagi pelajar dan mereka menggunakan otak secara intensif
di samping itu juga berguna untk membantu memulihkan tekanan darah rendah,menguatkan jantung yang lemah, melegakan sakit kepala dan mengurangkan tekanan

rosemary juga di jadikan bahan campuran dalam ubat pembasmi kuman dan racun serangga


 tarragon / artemsia dracunculus



namanya di dalam bahasa latin membawa maksud 'little dragon'mempunyai rasa pahit manis dan biasa di gunakan dalam masakan perancis

dahulu kala tarragon di gunakan untuk mengeluarkan bisa patukan ular dan racun berbisa daripada binatang lain
pada ketika itu juga di gunakan bagi melancarkan perjalanan fungsi jantung dan hati



daun nya mengnadungi iodin ,garam galian,vitamin A dan C
antara lain kegunaanya ialah untuk meransang nafsu makan,penghadaman dan sebagai tonik
keistimewaan nya ialah daunnya boleh menjadi semacam ubat bius yang di makan sebelum sebelum menelan ubat pahit

manakala akarnya boleh mengurangkan sakit gigi

bay / laurus nobilis

pokok bay memerlukan iklim mediteranaen dan suhu yang sejuk untuk hidup subur
bahagian yang boleh di gunakan ialah kayu,daun,buah dan minyak

daun nya mempunyai sedikit bahan kimia yang boleh meransang rasa mengantuk

apabila di campurkan dalam makanan seperti marinades,sup dan stew akan membantu sistem penghadaman

selain itu daun bay di campurkan dalam mandian untuk mengurangkan keletihan anggota badan

minyak daun bay boleh merawat terseliuh dan sengal sengal sendi tetapi boleh meransang kulit

manakala kayunya amat berguna untuk memberikan aroma yang enak untuk makanan yang di salai

buah bay  mengandungi minyak yang boleh di gunakan sebagai perasa makanan dan industri sabun


oregano / origanum vulgare

daun oregano mempunyai rasa pedas pedas
biasanya di campurkan dalam masakan itali seperti piza



selain itu oregano juga menjadi sebahagian perasa di dalam masakan mexico yang di campurkan denagn serbuk cili,stew dan sup

bahagian yang bisa di gunakan adalah daun,bunga,batang dan minyak
bunga nya bolehdi gunakan sebagai dye
minyak oregano merupakan antiseptik paling mujarab sering di gunakan  sebagai semburan bilik
 teh oregano adalah tonik yang boleh menjadi penawar beberapa penyakit

antara penyakit yang boleh di kurangakn ialah batuk,ketegangan otot,sakit kepala dan sakit ketika haid

manakala daun nya adalah  antiseptik yang di sapu untuk menghilangakan bengkak atau benjol, radang otot dan sendi sendi dan ketegangan leher


thyme / thymus vulgaris

semasa zaman greek kuno thyme di beri penghormatan sebagai simbol keteguhan dan ketabahan
manakala Roman membakar thyme sebagai bau bauan harum

di dalam perubatan  thyme di gunakan sebagai anti septik

paling banyak di gunakan dalam kosmetik,perubatan dan kegunaan isi rumah
sehingga kini thyme masih lagu di gunakan sebagai anti septik,wangian, pembasmi kuman dan dia phoretic

minyak thyme di perolehi hasil penyulingan bunga dan daun nya
hampir kesemua masakan barat mencampurkan thyme untuk mendapatkan rasa yang enak

sage / salvia officinalis 



di kenali sejak kurun ke 16,tumbuh liar di sesetengah kawasan di Sepanyol dan Yugoslavia
ada juga yang percay ,Sage editerranaen mempunyai rasa dan bau yang lebih sedap
berbanding yang tumbuh di dalam iklim lain

Sage adalah antara herba yang mempunyai angka hayat yang panjang
seperti herba lain sage juga di gunakan sebagai bahan pembasmi kuman
daun sage mengandungi sejenis bahan astrin gent yang paling sesuai bagi kulit muka untuk mengecutkan pori pori


digunakan sebagai pencuci muka untuk kulit berjerawat,sage juga juga di campurkan di dalam syampoo untuk mengekal kan kehitam rambut


manakala mencampurkanya di dalam mandian  dapat mengurangkan bau peluh

dari segi perubatan pula daun sage yang segar boleh melegakandan menyembuhkan ulser mulut,campuranya
dalam makanan bukan sahaja sebagai perasa atau pembangkit selera tetapi juga boleh membantu menghadamkan lemak daging



No comments:

Post a Comment