my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 9, 2010

tea / teh


Teh / tea

 Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis  atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran.
Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.

Pokok teh. Teh diminum di China semenjak sebelum Dinasti Tang (618-907).
 Perkataan "teh" juga digunakan, secara lanjutan, untuk sebarang rendaman buah atau herba; sebagai contoh, "teh rosehip" atau "teh camomile". Dalam kes ini di mana tidak terdapat daun teh Camellia sinensis, sesetengah orang cenderung memanggil mereka "tisane" atau "teh herba" untuk mengelakkan kekeliruan. Rencana ini adalah mengenai teh "biasa", Camellia sinensis.

Bangsa Cina  telah minum teh selama 5000 tahun untuk kesehatan dan kenikmatan. Asal mula teh pada awalnya masih merupakan legenda. Salah satunya adalah cerita tentang Kaisar Shen Nung. Pada suatu hari, ketika Kaisar Shen Nung akan minum air mendidih, beberapa daun dari pohon yang menjuntai tertiup angin dan jatuh ke panci berisi air rebusan yang tak menyerupai air tersebut. 

Sang Kaisar ingin tahu dan memutuskan untuk mencicipi air rebusan yang tak menyerupai minuman tersebut. Kaisar pun merasakan air itu sedap dan menyehatkan tubuh. Sementara legenda dari India menghubungkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau sangat lelah. Dalam keputusasaan beliau hendak mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, ia merasa segar kembali.

Pada awal abad ke-9, di Jepun seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa biji tanaman teh dari Cina. Sjak saat itulah teh dikenal di Jepang. Pada abad ke-17, pedagang dari bangsa Belanda dan Portugis pertama kali memperkenalkan teh ke Eropah. Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh di Eropah. Teh yang mereka konsumsi datang melalui jalur darat dari Cina memakai kereta yang ditarik oleh unta.
 Teh merupakan salah satu minuman yang sangat digemari dan diminum secara meluas di kawasan ASEAN. Air teh boleh dibuat dengan dicampur air panas dan gula sahaja, dikenali sebagai teh kosong, ataupun dicampur dengan susu segar atau susu pekat manis, dipanggil teh susu. Air teh susu boleh juga dicurah beberapa kali antara dua koleh bagi menghasilkan teh tarik, yang mempunyai buih.

pelbagai jenis teh
   1. teh O
   2. teh O ais atau teh o peng
   3. teh O ais limau
   4. teh tarik
   5. teh susu
   6. teh ais

Nama teh o beng berasal dari perkataan teh o (teh kosong) dan bing (冰) yang bermaksud ai
Teh ditanam kebanyakannya di tanah besar China, India, Pakistan, Iran, Sri Lanka, Taiwan, Japan, Indonesia,Nepal, Australia, Argentina  dan Kenya. (Ambil perhatian bahawa dalam perdagangan teh, Sri Lanka dan Taiwan masih dikenali dengan nama lama mereka Ceylon dan Formosa.)

Teh secara traditional dikelasskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap "penapaian" yang dilalui oleh daun:

    * Teh putih: Pucuk daun yang tidak melalui pross pengoksidaan; pucuk boleh dilindungi dari cahaya matahari untuk mengelakkan pembentukan klorofil.
    * Teh hijau: Proses pengoksidaan dihentikan selepas pengoksidaan yang minima melalui penambahan haba, samaada melalui wap, kaedah traditional Jepun, atau dikeringkan di dalam kuali yang panas — kaedah tradisi China.
    * Oolong (烏龍茶): Pengoksidaan dihentikan pertengahan antara piawaian teh hijau dan teh hitam.
    * Teh hitam: Pengoksidaan yang banyak; perkataan China secara harafiah adalah teh merah, yang mungkin digunakan oleh sesetengah peminat-teh. Teh hitam dipecahkan lagi kepada samaada orthodox atau CTC (Penyek, Koyak, Kecut - Crush, Tear, Curl). Teh hitam yang belum dicampurkan lagi juga dikenali menurut ladang asal dan "flush" (pertama, kedua, atau musim luruh).

Teh putih dihasilkan dalam jumlah sedikit berbanding stail lain, dan dengan itu lebih mahal berbanding teh dari pokok yang sama yang diproses menurut kaedah lain. Ia juga kurang dikenali di Amerika Syarikat, walaupun is sekarang berubah dengan pengenalan teh putih dalam bentuk uncang.


Terdapat beberapa persedian teh yang ada yang tidak menurut kaedah biasa:


 Pu-erh (普洱茶): Jenis teh khas dari Jajahan Yunnan, China. Teh ini dimampatkan kedalam bentuk seperti batu-bata, cakera atau gasing. Terdapat bentuk kurang dan dwi-penapaian, dipanggil hijau (青饼) dan bersama "mutual" (熟饼) seumpamanya. Pur-erh bersama kadang-kala dianggap sebahagian kelas teh hitam. Pu-erh kadang-kala digambarkan sebagai dwi-penapaian: "penapaian" kedua adalah melalui tindakan mikrob dan kulat. Ketika kebanyakan teh digunakan dalam setahun selepas pengeluaran, pu-erh boleh disimpan melebihi 50 tahun. Teh ini seringkali direndam untuk tempoh masa yang lama atau juga direbus (orang-orang Tibet merebusnya semalaman). Pu-erh juga dianggap sebagai teh berubat di China.

Teh kuning: Samaada digunakan sebagai nama bagi teh berkuali tinggi yang dihidangkan di istana Maharaja, ataupun teh khas yang diproses menyerupai teh hijau, tetapi dengan fasa pengeringan yang lebih perlahan.


Chong Cha (虫茶): Harafiahnya teh cacing, rebusan ini diperbuat dengan benih pokok renek teh dan bukan daunnya. Ia digunakan dalam perubatan Cina untuk menangani haba musim panas dan juga simptom selsema "influenza".

Kukicha: Juga dikenali sebagai teh musim sejuk, kukicha diperbuat daripada ranting dan daun tua yang dipotong dari pokok teh semasa musim bertapa dan dilayur di atas api. Popular sebagai makanan kesihatan di Jepun dan dalam diet macrobiotik.


Lapsang souchong (正山小种 or 烟小种): Berasal dari Fujian, China, Lapsang souchong adalah teh hitam yang dikeringkan menggunakan api kayu pine, dengan itu mempunyai perasa asap yang kuat.

Teh Rize: Teh hitam yang pekat dihasilkan di Turki, dengan rasa dan cara hidangan yang berlainan, termasuk prepanas, dihidangkan dengan gula.


antara khasiat teh

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah, membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser.

Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
menyegarkan mata

uncang teh yang telah digunakan,disejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata

dapat melegakan kaki yang penat

Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

Teh sebagai rawatan wajah

Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.

Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

Teh melegakan luka

Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

Kulit kepala sihat dengan teh

Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.


 

No comments:

Post a Comment