my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 4, 2010

papaya / betik

papaya / betik / kepaya / Carica papaya.
Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika
.
Pokok betik  menghasilkan buah yang boleh dimakan terus  Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam

Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Buah betik yang masak ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. selain dijadikan jem, jus  perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. 
kini estrak betik di proses dalam bidang kecantikan cthnya sebagai masker,pelembap muka dan sebagainya

khasiat betik dalam peubatan antaranya 

 
buah
berfungsi memecahkan serat makanan sisa, mengatasi sembelit. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika demam.

biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut.
Caranya: Jemur biji betik hingga kering, tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.


 jus
isinya yang di mesin halus dapat melancarkan pencernaan,mengatasi kembung perut selain melegakan kepanasan badan

daun
mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini ditumbuk atau dikisar, diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging.
di Mexico penggunaan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung.
Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Getah dan akar
mengubati sakit saluran kencing, masalah cacing,digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.


 


1 comment: