my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 4, 2010

sweet potato / keledek

Ubi keledek / ubi jalar / ubi jawa / ubi ketela / ubi setela / ubi rambat / Ipomoea batatas
ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.

Tergolong dalam keluarga Convolvulaceae, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza serta digunakan meluas dalam industri makanan, khususnya kuih tradisional.

Ubi keledek sesuai ditanam di tanah yang gembur, iaitu lom berpasir (sandy loam) dan mempunyai saliran baik. Sekiranya tempat bertakung air, ubi akan cepat menjadi busuk kerana terendam.

Ubi keledek ditanam dengan menggunakan keratan batang. Keratan untuk dijadikan benih diambil daripada pokok yang subur, tiada penyakit atau mempunyai tanda-tanda serangan musuh. Pilih keratan di pucuk pokok (apical part) kerana ianya akan mengeluarkan banyak ubi. Ambil keratan sepanjang 30 cm untuk dijadikan benih.
p/s : photo pokok keledek ni belakang rumah saya

ubi keledek sesuai dalam masakan,teksturnya yang tidak berapa keras amat lemak
untuk di buat gulai,di buat kuih ,di goreng dan di rebus mahupun di bakar
 
Ubi keledek kaya dengan karbohidrat, karotena, selulosa dan sejenis protein dikenali sebagi musin.Ia menguatkan limpa dan perut serta merangsangkan pengaliran tenaga.
Sementara itu, daun keledek dapat digunakan untuk merawat penyakit bisul iaitu dengan menumbuk daun keledek hingga lumat sebelum ditempekkan ke mata bisul yang telah merening.

ubi keledek yang manis rasanya, juga baik untuk penghadaman serta berkesan untuk mengatasi masalah rabun pada waktu malam, sekaligus mencerahkan mata.


No comments:

Post a Comment