my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 18, 2010

susu / milk

susu / milk / 

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia  betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Susu lembu rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein  membentuk bakinya.

Susu lembu paling biasa dihasilkan secara besar-besaran bagi kegunaan manusia. Ia merupakan paling biasa digunakan dalam bentuk susu. Ladang tenusu telah menjadi business besar dalam kebanyakan negara sehinggakan proses ini kebanyakannya dijalankan secara automatik; sebagai contoh peladang menggunakan mesin yang bersambung secara langsung kepada tetek lembu untuk mengepam susu sejumlah besar lembu.

Terdapat jenis lembu khas. Sesetengahnya effisien menghasilkan susu, seperti lembu Holstein; yang lain bagus bagi penghasilan daging.

Tenusu merupakan kemudahan bagi memproses susu dan barangan lain yang dihasilkan dari susu (keluaran tenusu), seperti krim, dan lain-lain. Kebanyakan tenusu merupakan syarikat tempatan (berbeza dengan kebanyakan syarikat kebangsaan besar).

Sekiranya dibiarkan, susu segar cenderung untuk berpisah menjadi dua lapisan; kebanyakannya menjadi susu rendah lemak di bahagian bawah dan sebahagiannya naik menjadi lapisan krim tepu lemak dibahagian atas susu layer. Krim sering kali dijual sebagai keluaran berlainan dengan kegunaannya sendiri. Di Amerika Syarikat, campuran separuh krim dan separuh susu sering kali dijual dalam jumlah yang kecil dan dikenali sebagai separuh dan separuh; separuh dan separuh seringkali digunakan bagi campuran air kopi dan kegunaan seumpamanya.

Susu yang dihasilkan bagi pengunaan perdagangan perlu melalui beberapa proses. Pemasturan adalah proses memanaskan susu untuk tempoh yang singkat bagi membunuh mikro-organisma merbahaya, diikuti dengan penyejukan bagi simpanan dan pengangkutan. Susu sedemikian masih mudah rosak dan perlu disimpan sejuk oleh pengedar dan pengguna. Susu dijual dengan tarikh luput tercatat pada setiap bekas oleh syarikat tenusu. Proses lain bagi susu perdagangan adalah homogenization, di mana susu yang dihasilkan dalam fasa tunggal (atau lapisan).



Susu dijual secara perdagangan biasanya ditambah dengan vitamin D. Kadang kala susu ditambah dengan perasa untuk rasa yang lebih baik. Selama beberapa tahun, susu perasa coklat-telah dijual, tetapi pada tahun kebelakangan ini beberapa perisa susu dan krim lain juga dijual. Susu coklat boleh sama ada dihasilkan oleh pengilang atau pengguna, dengan menambah perasa coklat dalam bentuk sirap atau tepung.


Susu tidak hanya datang dari lembu tenusu, tetapi juga dari beberapa haiwan mamalia yang lain. Diantaranya:

Domba
 Kambing
Kuda
Keldai
Unta
Ilama
 Yak

 

Susu juga datangnya dari sumber bijirin dan tumbuhan:

Susu Beras
Susu Soya
Susu bijiran (Grain milk)

 susu  dikatakan bagus bagi kesihatan kerana kandungan kalsium yang tinggi, yang diperlukan bagi pertumbuhan tulang dan fungsi saraf,

No comments:

Post a Comment