my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 23, 2010

Kacang botol / Winged bean

Kacang botol / Winged bean / Psophocarpus tetragonolobus

 Kacang botol dipercayai berasal dari negara Papua New Guinea,India,Afrika dan Indochina. Ia sejenis tumbuhan yang menjalar.Ianya sangat mudah ditanam dan ia menghasilkan buah yang lebat.
 Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.

Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.
 Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi,Selain itu, kandungan asid amino terdapat di dalam kacang botol 
Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. 

Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

No comments:

Post a Comment