my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 10, 2010

Pokok Sukun / breadfruit


Pokok Sukun / Artocarpus communis / breadfruit

 adalah dari genus Artocarpus dalam famili Moraccea. Dalam famili ini terdapat juga buah-buahan lain seperti nangka dan cempedak. Pokok sukun yang dipercayai berasal dari Polynesia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Malaysia, Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain.

Di Malaysia buah sukun terdiri dari dua variasi iaitu berbiji dan tanpa berbiji.Varieti berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.

okok sukun boleh mencapai ketinggian 20 meter. Buahnya berbentuk bulat atau sedikit bujur mempunyai ukuran garis pusat di antara 10 hingga 30 cm. Pada kebiasaanya berat buah ialah antara 1-3 kg. Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Buah sukun jika dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut. Sebaliknya pula, jika buah dipetik pada peringkat terlalu muda, ia akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.

Sukun merupakan sejenis buah yang tidak bermusim, namun ia mempunyai puncak pengeluarannya bunga dan buah utama sebanyak dua kali setahun. Musim bunganya ialah antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos. Manakala musim pemetikan buahnya di antara April hingga Jun dan di antara Oktober hingga November.

buah sukun tidak berbiji memiliki isi yang tebal dan lembut seperti roti apabila di goreng,kerana itu di Eropah mengenalinya sebagai buah roti atau bread fruit

Buah sukun yang kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau sukun rebus. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. 


Disamping itu pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan dari tepung atau kanji daripada sukun.

Daunnya mempunyai khasiat buat kesihatan, efektif untuk mengubati berbagai penyakit seperti hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa, jantung, dan ginjal. Bahkan, masyarakat Ambon di indonesia memanfaatkan kulit batangnya untuk obat mencairkan darah bagi wanita yang baru 8-10 hari bersalin


daun sukun merawat penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
  Daun sukun yang diramas bersama air hingga mengeluarkan lendir dapat
mengurangkan sakit kepala.Caranya ialah dengan memupuk lendir tadi di bahagian
dahi

Air rebusan sukun juga dapat mengubati sakit asma dan hempedu.

Air rebusan buah sukun muda dapat mengurangkan batuk.

Getah pada kulit pokok sukun digunakan sebagai getah untuk menampal kebocoran
pada kapal, dan digunakan dalam proses membuat gula-gula getah.
 

No comments:

Post a Comment