my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 7, 2010

lotus / teratai

Teratai / Nelumbo nucifera / Lotus / indian lotus, sacred lotus / bean of India / pokok lili air / 
 adalah tumbuhan akuatik dengan pelbagai warna,batangnya yang sedarhana tinggi menghasilkan bunga yang cantik dan besar mempunyai pudung yang  mengandungi hampir 30 biji

Teratai terdiri daripada 50 spesies yang tersebar dari wilayah tropika ,Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu
Pada zaman Mesir kuno, teratai dan lotus banyak tumbuh di pinggir Sungai Nil .

Daripada daun, bunga dan biji teratai, semuanya mempunyai khasiat tersendiri. Tetapi bahagian rahsianya yang menawarkan khasiat yang lebih pelbagai terletak pada rizom atau ubinya.

Menurut buku Vegetables for Health and Health, rizom segar lotus mengandungi 80 hingga 85% air, 10 hingga 12% karbohidrat, 2 hingga 3% protein, 0.5 hingga 1% fiber, asid askorbik, riboflavin, kalsium dan thiamine.

Walaupun teratai dikatakan berasal sama ada dari Timur Tengah atau India, yang jelas, kebaikan teratai menyebabkan populariti tumbuhan akuatik itu tersebar ke seluruh dunia. Orang Jepun dan Cina antara yang sudah sekian lama mengeksploitasi nikmat kesihatan teratai.

Buktinya dalam kebanyakan mereka terutamanya sup, teratai menjadi bahan utama. Malah, kini penggunaan ubi teratai itu dipelbagai termasukkan digoreng, diperap masam atau dijadikan tepung.
Dalam buku Vegetables for Health and Health juga menyatakan, daun teratai baik untuk merawat cirit-birit, pening dan demam manakala bunga teratai baik untuk merawat pendarahan dan impetigo (jangkitan kulit kerana bakteria). Tidak kurang menariknya bunga teratai juga didakwa baik untuk kaum lelaki kerana ia merawat ejakulasi pramatang.



Salah satu kegunaan biji dan rizom teratai ini ialah menghilangkan panas dalam tubuh. Tetapi pengambilannya tidaklah boleh terlalu berlebihan kerana ia tinggi dengan protein.

 Teratai bukan sahaja cantik di mata, tetapi mempunyai pelbagai khasiat, antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam ,cirit-birit,pendarahan usus, kolera, cirit birit, pendarahan hidung dan demam. Kemampuan teratai merawat beberapa penyakit itu dikaitakan dengan fungsinya yang menghilangkan panas dalam tubuh.

 Untuk mengatasi insomnia - Gunakan lima hingga 12 gram biji teratai direndam hingga lembut. Kemudian rebus secukupnya. Minum air bersama biji teratai.
 Untuk mengurangkan stress - Gunakan 20 butir biji teratai dan 15 gram longan. Direbus dan diminum.

Untuk merawat demam - Ambil 30 gram ubi teratai, 15 gram tebu yang dibuang kulit, sebiji buah pir. Bahan ini dikisar dan diminum.

Untuk merawat cirit-birit - Ambil 50 gram ubi teratai, 10 gram halia. Tambahkan air dan kisarkan. Didihkan jus ini dan tambah sedikit madu.


1 comment: