my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 4, 2010

Egg / Telur

Telur / Egg /


Telur ialah ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Kebanyakan telur yang boleh dimakan, termasuk telur-telur burung dan penyu, terdiri daripada kulit telur yang keras dan berbentuk bujur, putih telur atau albumen, kuning telur, serta berbagai-bagai selaput yang nipis. Setiap bahagian telur boleh dimakan, walaupun kulitnya biasanya dibuang. Selain itu, telur ikan serta kaviar juga boleh dimakan.

Telur ayam dipergunakan secara meluas untuk berbagai-bagai hidangan, baik yang manis mahupun yang tidak. Telur juga boleh dijeruk, direbus keras dan disejukkan, atau juga dimakan secara mentah walaupun cara ini tidak disyorkan untuk mereka yang mudah terjejas oleh salmonela, umpamanya orang tua, orang uzur, dan wanita yang mengandung. Selain itu, hanya 51% daripada protein telur mentah boleh diserap ke dalam badan, berbanding dengan telur masak yang 91% dapat diserap. Dengan kata yang lain, penyerapan protein telur masak adalah hampir dua kali penyerapan protein telur mentah.

Dalam budaya Islam pula, telur seringkali digunakan bagi bahan makanan yang bermutu dan menyihatkan selaras dengan etikan pemakanan kesihatan Islam.Di negara Arab misalnya telur dijadikan bahan tambahan dalam proses membuat roti  dan sebagainya.Bagi budaya masyarakat Melayu Islam pula, telur sepenuh masak pula dijadikan bahan buah tangan dan cenderahati kepada hadirin yang hadir dalam Majlis Perkahwinan seseorang.
Sebilangan Tradisi popular di sesetengah tempat di dunia meraikan Easter (Hari Paskah) adalah dengan mendekorasi kulit telur yang sepenuh masak(pada kebiasaannya dekorasi dibuat dengan menggunakan taktik dyeing tetapi kadangkala turut menggunakan taktik semburan lukisan).Orang dewasa akan menyorokkan telur yang sudah didekorasi lalu meminta untuk kanak-kanak mencarinya,aktiviti ini digelar sebagai “Pencarian Telur Easter”.Tradisi mendekorasi warna telur turut mendapat sambutan perayaan masyarakat Parsi disesetengah tempat didunia, Misalnya perayaan Sambutan Tahun Baharu Parsi yang digelar Norouz sebelum Musim Bunga Ekuinoks,melalui perayaan ini setiap daripada ahli keluarga akan mendekorasi kulit telur sepenuh masak dan seterusnya menghimpunkan kesemua telur-telur itu dalam mangkuk.
Telur juga turut dijadikan bahan mujarab tradisional dalam menyembuhkan pelbagai penyakit misalnya pada penyakit sakit perut dan lemah badan.Telur juga turut menjadi medium perawatan dalam sesetengah penyakit mistik seperti saka yang berkaitan dengan serangan makhluk halus seperti Jin dan syaitan.

Telur adalah antara sumber protein yang baik. Menurut kajian satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. Sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. Namun begitu, kepelbagaian itu penting. Terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. Makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. Pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia
Memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan tahan lama untuk disimpan. Telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. Telur perlu datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. Kulit telur juga perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat dan najis

Telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. Ini untuk memastikan telur tahan disimpan lama. Pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya diperiksa. Pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa penggunaan.

Simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. Pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan diserap oleh telur melalui kulitnya. Cara yang betul menyimpan telur adalah dengan hujung tajam ke bawah.

Untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam sewaktu merebus. Telur yang telah direbus apabila diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. Manakala telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata.

No comments:

Post a Comment