my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 20, 2010

selamat hari bapa


assalamualaikum..
secebis ucapan buat abah yang di ingati dan di kasihi sempena sambutan hari bapa

buat abah bernama yang Mad Din bin Saros
walaupun dari kecil tak berkesempatan melalui laluan hidup di samping abah 
walaupun terasa antara kita seolah olah ada sempadan
walaupun bila di perlukan abah jauh di sana
namun hati ini tetap mengingati mu
diri ini tetap memerlukan mu
abah tetap di hati
dan akan sentiasa kekal di situ

tak lupa salam manis dan hormat buat bapa mertua Abu Bakar bin Jaapar
doa anakanda suami isteri semuga kesihatan ayah bertambah pulih
amin

lagu Ayah nyanyian Aishah
Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah

Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya

Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

No comments:

Post a Comment