my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 17, 2010

cendawan butang / button mushroom

cendawan butang /  cendawan meja / cendawan tani / Agaricus bisporus  / button mushroom

merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan tumbuh semula jadinya di kawasan padang rumput dan ladang-ladang selepas hujan dari lewat musim bunga hingga musim luruh di seluruh dunia. Walaupun spesies ini hanya terdapat di sekitar Eropah  dan Amerika Utara tetapi populasi spesies ini naik mendadak dan merupakan salah satu cendawan yang paling banyak ditanam secara komersial di seluruh dunia.

cendawan butang  tumbuh liar secara semula jadi mempunyai badan yang berbentuk cembung iaitu pileus serta insang yang berwarna perang gelap. Bagaimanapun variasi yang lebih hampir dengannya ialah genus cendawan butang putih dengan pileus, batang dan isi masing-masing berwarna putih serta insang yang berwarna perang.

 Sebahagian besar kedai runcit di negara barat menjual cendawan ini dalam bentuk tin dan penyediaan secara segar. Insang cendawan ini sering dibuang ketika penyediaan. Cendawan butang yang telah dimasak biasanya ditabur di atas piza dan kaserol, secara mentah yang dimakan bersama salad dan sebagainya. 

Seorang pakar mikologi bernama Paul Stamets berasa bimbang kerana kemungkinan cendawan ini mengandungi kuantiti kecil kimia agaritin yang berbahaya iaitu kaseinogen yang biasa didapati pada kulat tetapi tidak dikenalpasti berapa banyak paras kimia tersebut untuk menyebabkan keracunan kepada pengguna dan menjadi isu hangat pada masa ini

 cendawan butang  dikenali sebagai champignon de Paris di Perancis. Ia juga disebut "champignon" (Perkataan Perancis untuk "kulat") di kebanyakan negara.

Cendawan butang kaya dengan vitamin dan galian. Cendawan ini mengandungi khususnya kandungan vitamin B dan kalium yang tinggi. Cendawan yang mentah bebas kolesterol, lemak dan natrium.

Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.


Selain itu, cendawan ini juga mempunyai perisa yang unik berbanding cendawan lain. Tiada perisa khusus untuk diterangkan; Cendawan secara umumnya digambarkan sebagai "kayu" kerana mempunyai rasa yang agak pahit tetapi cendawan butang mempunyai rasa sedikit manis atau agak "berdaging".

 cendawan ini mengoksida dengan cepat apabila terdedah kepada udara. Apabila dihiris dan didedahkan kepada udara selama 10 minit atau lebih, cendawan ini menjadi lembik, menukar warna kepada keperang-perangan dan hilang perisa aslinya.


 resepi telur dadar cendawan


bahan bahan
1 cawan kecil cendawan butang putih atau hitam di hiris dan di bersihkan
1 biji bawang putih di hiris halus
6 biji telur yang di pukul dan di isi 2 sudu air biasa
1 cwn kecil hirisan keju mozarella
garam
lada hitam

method
panaskan kuali bersam 3 sudu minyak zaitun,tumis bawang putih hingga naik bau,masuk kan cendawan butang,goreng hingga kekuningan,kemudian masukan telur yang di pukul bersama sedikit garam dan lada hitam
balikan terur supaya masak keseluruhan dan hidangkan

No comments:

Post a Comment