my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 18, 2010

peria / bitter melon

Peria / bitter gourd / bitter melon / balsam pear / balsam apple / Momordica charantia. / nigauri / pare / 苦瓜(kǔ guā) / pavakka / khổ qua
 


ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean  untuk buahnya  yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika.

Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter), dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan  atau jingga  merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak.


Peria jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.

walaupun peria adalah sayur yang sangat pahit, tetapi ia sungguh berkhasiat sebagai penawaralami. Peria mempunyai beberapa bahan seperti charantin, peptide yang menyerupai insulin,dan beberapa alkaloid. Oleh kerana kandungan tersebut peria sering digunakan untuk pengubatan kencing manis.

 Sifat-sifat peria:

Peria sayuran berharga mempunyai proses metabolik dan physiologik badan manusia. Ia mempunyai sifat-sifat berikut:-


1 mengandungi beberapa bahan yang beraktiviti hypoglycemic, iaitu menurunkan paras gula dalam darah
2 menggalakkan nafsu makan
3 membantu proses penghadaman, maka ia digunakan untuk pengubatan masalah penghadaman
4  menganudngi sifat emetik, purgatif dan anthelmentik dan juga anti-kembong
5 memecah lemak dalam badan, ia dikatakan mempunyai sifat anti-lopolitik
6 mengandungi vitamin seperti vitamin A, thiamine, riboflavin, vitamin C dan mineral seperti besi
7 anti-radangan dan astringent. mempunyai tindakan khusus pergerakan penghadaman (bowel movement)

Peria banyak khasiat. Antara yang terpenting ialah menurunkan tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah. Peria boleh dijadikan ulam atau diminum airnya.

Cara-caranya:
Ambil sebiji buah peria muda, hiris halus-halus atau dihancurkan sehingga lumat. Kemudian masukkan ia ke dalam segelas air masak dan diramas-ramas. Tapis airnya dan diminum.
Minumlah air jus buah peria ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi dan kencing manis.
 

Di Filipina, teh peria katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.

No comments:

Post a Comment