my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 22, 2010

pecan / Kacang pikan

pecan / Kacang pikan / ɨkɑ / pɨkæn / pi ː Kaen / Carya illinoinensis / illinoensis, 

Kacang pecanan adalah spesis Hickory yang berasal dari bahagian tenggara Amerika Utara, iaitu dari Iowa Selatan dan Indiana Selatan sehingga Texas dan Mississippi. Selain daripada Texas dan Mississippi, ia juga tumbuh subur di Oklahoma, Louisiana, Carolina Selatan dan negeri-negeri tenggara Amerika Syarikat yang lain, serta juga di Mexico Timur Laut.


Pokok Pecan adalah pokok daun luruh yang tumbuh antara 5 hingga 9, pada musim panas dan lembap. Ia boleh hidup selama melebihi 300 tahun, dan merupakan salah satu spesies yang Hickory paling besar

 Musim menuai Pecan secara tradisi adalah pada sekitar pertengahan bulan Oktober.


kacang pikan tergolong dalam keluarga Juglandaceae ,Pecans pertama kali dikenali di Eropah pada abad ke-16. Orang-orang Sepanyol membawa pecan ke Eropah , Asia , dan Afrika bermula pada abad ke-16.

namun di tenggara Texas, Texas Pecan Festival dirayakan setiap tahun. Pada tahun 1906 Gabenor Texas James Stephen Hogg meminta agar pokok kacang pecan ditanam di makam, meminta bahawa kacang ini diedarkan di seluruh negara untuk memperingatinya


Buah Pecan memiliki kulit keras dan kasar kira kira  3-4 milimeter tebalnya.kulitnya yang berwarna perang tua berbentuk antara bujur dan empat segi panjang, dengan saiz 2.6 - 6 sentimeter panjangnya serta 1.5 - 3 sentimeter lebarnya. Kulitnya terbuka apabila matang untuk memecahkan kulit nipis.

kacang pecan boleh dimakan rasanya seperti mentega,ia boleh di mkan mentah atau di masak,kacang pecan selalu di jadikan penambah makanan sepeti salad,pai
kacang Pecan juga merupakan salah satu ramuan yang utama untuk membuat gula-gula pralin
kayu Pokok Pecan juga boleh dipergunakan untuk membuat perabot, dan lantai kayu keras, serta juga sebagai bahan api dan kayu aroma unutk menyalai daging

Pada awal dekad 1900-an, kulit Pecan dipergunakan sebagai sebahagian sistem penurasan  yang awal di Peru. Kulit buah Pecan di hancurdan dicampurkan dengan pelbagai jenis termasuk batu kerikil untuk kaedah sistem penurasan seramik graviti yang di buat orang Inggeris John Doulton, 

kacang Pecan merupakan salah satu sumber protein dan lemak tak tepu yang baik. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan kacang pecan dapat menurunkan risiko wanita terhadap penyakit  hempedu.

Bahan-bahan antioksida dan kolesterol tumbuhan daripada kacang Pecan telah dibuktikan dapat mengurangkan kolesterol  yang tinggi dengan menurunkan tingkat kolesterol LDL yang buruk

No comments:

Post a Comment