my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 2, 2010

kuih karas

kuih karas
 

Bahan
480 gm tepung beras
4oo gm gula
560 gm air panas
2 senduk minyak masak

method

Larutkan gula di dalam air panas. Campurkan air gula panas dengan tepung beras sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang pekat dan licin. Biarkan adunan selama 20-30 minit.

Panaskan minyak didalam kuali. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan kuih karas dan pusingkan acuan tersebut untuk menghasilkan satu lapisan nipis, berbentuk jala didalam minyak panas.

Apabila warna keperangan diperolehi, lipatkan kuih empat segi dan biarkan sejuk

resepi ni miko perolehi dari www.familiazam.com,miko ikut semua step sebab takut tak menjadi hehehe..
selain tu miko ada juga buat kuih tiram atau kuih lidah buaya,tapi miko tak postkan sebab sebelum ni dah ada,jadi kalau nak resepi kuih tiram ni,search aje eh..

No comments:

Post a Comment