my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Friday, June 11, 2010

sukma melaka X111 2010



selamat datang ke sukma x111 2010 bermula 10 june
sebagai anak jati melaka,kita rasa bangga sangat dapat raikan sukan yang buat pertama kalinya di adakan disini
 jemputlah datang beramai ramai kerana setiap acara adalah tontonan percuma kerana yg berhormat ketua menteri melaka ingin menarik lebih 1 juta pengunjung..marilah kita sama sama raikan

tahniah buat pemenang emas pertama sukma Melaka
Ho Mun Hua pada saingan Wushu hari ini..
melaka maju..
laman web rasmi : http://www.sukma2010.com.my

venue
info

 MASKOT SUKMA XIII MELAKA 2010

DISKRIPSI
Sang Kancil, haiwan lagenda merupakan maskot yang dipilih bagi SUKMA XIII, Melaka 2010.

KONSEP
Rekabentuk maskot SUKMA XIII ini berimejkan pahlawan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Hang Tuah. Ia bertujuan menggambarkan imej negeri Melaka sebagai sebuah negeri bersejarah. Aksi maskot mencerminkan ketangkasan, keberanian dan kebijaksanaan.
 
NAMA
Nama maskot SUKMA XIII, Melaka 2010 dipilih sebagai ”tuah” sempena nama pahlawan tersebut. Pemilihan nama ini juga memberi maksud negeri Melaka sebagai sebuah negeri yang bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah SUKMA XIII pada 2010.

LOGO SUKMA XIII MELAKA 2010

DISKRIPSI:
Kancil adalah antara identiti utama Negeri Melaka kerana ia merupakan haiwan yang begitu sinonim dengan sejarah Negeri Melaka.Dalam logo ini, Kancil direka dalam aksi melompat untuk mencerminkan nilai kecergasan dan kecerdasan atlit. Elemen garisan merah dan biru yangmembentuk Kancil pula menggambarkan keyakinan penganjur dan kemeriahan SUKMA XIII.Tompokan warna merah dan biru pada badan Kancil menunjukkan keharmonian dan semangat kesukanan.Warna biru, merah dan kuning merupakan warna yang terdapat pada bendera Negeri Melaka.Secara keseluruhannya, logo ini membentuk segi tiga yang melambangkan dinamik dan menuju puncak kecemerlangan.

harapan rakyat melaka semuga SUKMA XIII MELAKA 2010 menjadi harmoni dan cermelang sejajar dengan harapan ketua menteri melaka Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam

No comments:

Post a Comment