Bijan / Sesamum indicum / sesame seed / Wijen
Bijan adalah tumbuhan berbunga dalam genus Sesamum. Asal sebenar spesies ini tidak jelas, walaupun beberapa tumbuhan berkait tumbuh liar di Afrika dan sejumlah kecil di India. Ia ditanam secara meluas di kawasan tropika seluruh dunia dan ditaman bagi bijinya yang boleh dimakan.
Ia merupakan pokok tahunan yang tumbuh setinggi 50 hingga 100 cm (2-3 kaki), dengan daun bersetentangan 4 hingga 14 cm (5.5 in) panjang dengan sepanjang ruang; berdaun lebar (lanceolate), sehingga 5 cm (2 in) lebar, pada pangkal pokok, menirus kepada hanya selebar 1 cm (setengag inci) pada batang berdaun. Berbunga putih hingga ungu, berbentuk tiub, sepanjang 3 hingga 5 cm (1 hingga 2 in), dengan empat kelopak.
Bijan kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular.
Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut kering dan uban.
Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.
No comments:
Post a Comment