my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Monday, June 7, 2010

curry leaf / daun kari

Pokok Kari / curry leaf / Murraya Koenigii / Karipulei


 Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Ia sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit.

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.
Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak nya

Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi: 66.3% kelembapan
6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

 Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

 Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.

Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

No comments:

Post a Comment