my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 6, 2010

Kiwi

Kiwi  / gooseberry China
 Pada asalnya kiwi banyak tumbuh di negara China dan dikenali sebagai Yantoa dan di bawa oleh para mubaligh pada abad ke 20 ke new Zealand kerana itu Pada masa kini, ia banyak di tanam di New Zealand
Tahun 1960, namanya di tukar kepada Chinese Gooseberries. 

Tahun 1961 Chinese Gooseberries pertama kali dihidangkan di sebuah restoran di Amerika dan telah ditemui oleh seorang pemborong yang dapat merasakan pasaran Amerika akan memberi sambutan pada buah exotik yang unik ini.
Dan mula mengimport masuk buah ini ke Amerika pada tahun 1962,  tetapi untuk memenuhi kehendak permintaan telah menukar nama buah ini dari Chinese Gooseberry kepada buah kiwi, atas penghargaan sempena nama nama sejenis burung tempatan kecil berwarna coklat dan berbulu halus yang menyerupai kulit buah unik ini. Sekarang ini, Itali, New Zealand, chile, Peranchis, Jepun dan Amerika adalah antara peneraju pengeluar secara komersial buah kiwi.

 Kiwi mempunyai gabungan rasa buah tembikai, strawberi dan pisang. Kulitnya yang berbulu coklat halus nampak hodoh. Namun begitu isinya cantik, berwarna hijau muda dan berbiji halus berwarna hitam, membulat di tengahnya membentuk corak seperti bunga.
rasanya sedikit masam dan manis
selain hayward kiwi kita juga boleh temui hardy kiwi, slivervine kiwi kedua duanya jenis berkulit licin bersaiz buah ceri dan mempunyai isi yang berwarna kuning-hijau keemasan

vitamin C boleh diperolehi di dalam buah kiwi. Buah kiwi yang bersaiz sederhana boleh membekalkan 75 mg vitamin C. sebanyak 120 peratus vitamin C keperluan harian boleh dibekalkan oleh buah kiwi.

buah kiwi juga sesuai dalam pembuatan kek,jem,puding,jus dan di makan segar
 
buah kiwi juga baik untuk gigi kerana jusnya dapat meninggikan kawalan dos asid askorbik. Vitamin C yang dikandungnya juga boleh bertindak sebagai 'berus gigi penyingkir' untuk mengurangkan pertumbuhan karang gigi.

buah kiwi juga berguna dalam menjaga kecantikan antara di buat masker untuk kesegaran wajah selain dapat menghasilkan minyak omega-3 yang biasa digunakan untuk produk kecantikan





kiwi fruit  type

Actinidia chinensis - Golden Kiwi

Actinidia arguta - Baby Kiwi
 Actinidia deliciosa - Double Kiwi
 Actinidia deliciosa - Kiwi Fruit
 

No comments:

Post a Comment