my adorable friends

ويقول المثقفون


Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman


Makna Kebahagiaan..
Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
Yusuf al-Qardawi


anda juga ingin mengetahui yang lain?

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 1, 2010

wintermelon/buah kundur

wintermelon  / Kundur  / labu putih / abu labu / fuzzy melon / casaba / Cucumis melo L / beligu

 Kundur (bahasa Cina: 冬瓜; pinyin: dōngguā, bahasa Jepun: 冬瓜(とうがん) tougan, chal kumra dalam bahasa Bengali dan पेठा dalam bahasa Hindi, Boodagumbala dalam bahasa Kannada, Boodida gummadi kaaya dalam bahasa Telugu atau Kumbalanga dalam Malayalam, Kundol dalam bahasa Tagalog) Orang Jawa (beligo atau belonceng.) nama inggeris (wax gourd, white gourd dan ash gourd)

adalah pokok menjalar yang ditanam bagi buahnya yang besar, dimakan sebagai sayuran. Buah kundur berbulu semasa putuk. Apabila matang ia kehilangan bulu dan membentuk lapisan berlilin, memberikan namanya labu berlilin - wax gourd, dan memberikannya hayat simpanan yang panjang. Buah Kundur mampu membesar sehingga sepanjang 1-2 meter.

Buah kundur berasal dari genus Benincasa. 

Pada asalnya ditanam di Asia Tenggara, kundur kini ditanam secara meluas di Asia Timur dan juga di Asia Selatan. Di Utara India ia dipotong dadu dan disira ntuk menghasilkan kandy jenih dan manis, sering kali diperisa dengan air mawar.

kundur biasanya boleh di simpan selama 12 bulan,buah kundur di tumis dalam masakan ataupun di buat sup dan di buat minuman
 selain buah,sulur ,bunga dan daunya juga boleh di makan

Di kalangan orang cina, isi buah kundur biasa dibuat manisan atau acar manis. Buah kundur didapati mengandungi 97% air dan sedikit garam galian serta vitamin, kanji, alkaloid jenis cucurbitine, resin asid, protien jenis myosin dan vitellin, serta gula.

 buah kundur juga sesuai di makan untuk menghilangkan dahaga dan perangsang buang air kecil. penawar demam panas, buasir, lebam atau bengkak, tonik, sakit usus, sakit buah pinggang, kencing manis, dropsy (takungan air dalam badan) dan lemah limfa.

Daun muda, kudup bunga dan buah muda pula  di masak. Pada masa dahulu, lapisan luar kulit buah kundur digunakan untuk membuat lilin.

Dari segi kesihatan buah ini didapati mempunyai ciri menyejukkan badan. Daunnya digunakan sebagai ubat pupuk untuk tujuan yang sama. Buah kundur boleh membantu mengubat beberapa penyakit, seperti gonorea dan sawan.

Abu biji kundur digunakan untuk mengubat penyakit gonorea manakala abu kulit buahnya untuk mengubati  penyakit luka.
Masyarakat Filipina memasak buah kundur segar untuk dijadikan sirap dan ubat bagi masalah pernafasan dan paru-paru. Air dari buah kundur juga didapati sebagai bahan cuci mata yang merah dan bengkak.

No comments:

Post a Comment