Pages

Tuesday, August 31, 2010

kueh teow goreng lembap ber'kerang

kueh teow goreng lembap ber'kerang

 
bahan
1 paket kueh teow
sedikit sawi
sedikit taugeh
sedikit daun bawang
2 keping tauhu
2 keping fishcake
1 cawan kerang rebus
1/2 cawan air rebusan kerang
1 biji telur
1 kiub pati ikan bilis knorr
4 sudu cili kisar
2 sudu sos tiram

bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

method
tumis bahan tumbuk dengan kiub pati ikan bilis hingga wangi

masuk kan cili,goreng sempurna,kemudian masukan sos tiram,kerang gaul mesra

masukan sawi,fishcake,tauhu,kemudian air rebusan kerang dan pecahkan telur
kacau telur hingga hancur,perasakan dengan garam

akhir sekali masukan kueh teow,setelah mesra masukan taugeh dan daun bawang,taugeh jangan goreng terlalu lama,biar ranggup sedikit
baru piau..

asam rebus ikan selar

asam rebus ikan selar
 

bahan
3 ekor ikan selar di kerat dua
6 biji bendi
perahan air asam jawa
4 sudu cili kisar
garam

bahan tumbuk
4 sudu cili kisar
1 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

method
masukan bahan tumbuk,cili mesin dan air perahan asam jawa ke dalam periuk,kemudian rebuskan

bila agak mendidih masukan ikan,bendi dan garam,kacau perlahan nanti ikan hancur


tunggu lagi hingga kuah mendidih,tutup api dan hidangkan
 

selamat menyambut hari kemerdekaan


selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53 untuk semua rakyat malaysia dengan tema tahun ini " 1 malaysia menjana tranformasi "
semuga kehidupan kita semua melangkah ke arah yang lebih baik dan bersatu padu
insyallah..

Monday, August 30, 2010

Mencari malam Lailatul Qadar

kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan
melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;

Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan
malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat),
bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada
isteri-isterinya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam
yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar (Surah
al-Qadar, ayat 1)

Ibn Abbas berkata : Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh
Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia
diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

 Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti
firman Allah bermaksud : Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
(Surah al-Qadar, ayat 3)

 Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati. (Surah
al-Dukhan, ayat 3)

Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan
rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

 Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: Pada
malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah. (Surah
al-Dukhan, ayat 4)

Maksud urusan yang penuh hikmah  adalah pada malam itu Allah menentukan
umur, rezeki dan ajal manusia.

 Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa
keimanan dan pengharapan.

Bilakah Lailatul Qadar?

Nabi Muhammad bersabda bermaksud: Carilah Lailatul Qadar pada malam 10
terakhir Ramadan. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil
pada 10 malam terakhir. (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai
Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu
berpindah-pindah pada setiap tahun.

Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah
bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada
Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah
(maksudnya) : Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha
Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.

 Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak
daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk
mentaati Allah.

Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir
Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

Syarat sah iktikaf:

Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi
perempuan.

Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam
masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari
pada hari terakhir Ramadan.

Perkara yang membatalkan iktikaf:

 Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.

 Murtad.

 Hilang akal kerana gila atau mabuk.

Datang haid atau nifas.

 Jimak. Firman Allah bermaksud: Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri
kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid. (Surah al-Baqarah, ayat
187)

Perkara yang sunat dilakukan.

Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid,takbir, istighfar, selawat dan doa.

Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan
sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan.

Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat
tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.

Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian

Popia goreng

Popia goreng
Bahan :
30 helai kulit popia kecil jenama KG di rehatkan
1 biji carrot di hiris nipis dan di celur
2 biji telur di dadar di potong memanjang
Bawang goreng
Setangkai daun bawang di hiris panjang menyerong
Jika ada taugeh,juga di celur (miko takde stok taugeh)
Method
Masuk kan sedikit carrot,telur dadar,bawang goreng dan 2 helai daun bawang yang di hiris ke atas kulit popia,lipat dengan kemas dan goreng
Buat sampai habis,dan di cicah bersama sos cili thai

Sunday, August 29, 2010

blog mat gebu


Sepanjang miko meng blogging dan merayau mencari resepi,miko tertarik dan amat teruja dengan blog tiffinbiru.blogspot iaitu hak milik mat gebu,walaupun miko tak mengenalinya tapi entry yang ada dalam blog ni memang menarik dan nampak sedap sangat
Bertuah nya permaisuri mat gebu ni,sebab dapat someone special yang pandai masak
Dah la tu,photo 2untuk setiap resepi pun nampak cantik
Hai…seronok nya hari hari lawat blog mat gebu,tak pernah rasa jemu
Tahniah untuk mat gebu kerana memberi inspirasi pada miko untuk mencuba memasak dengan resepi resepi yang best,iye la miko ni masak simple simple dan main main tu kepas la ekeke..
Buat anda yang ingin mencari resepi masakan yang sedap sedap,singgah la ke blog mat gebu..
Di jamin keliur tgk resepi2 yang ada

Saturday, August 28, 2010

pau sambal


pau sambal
Bahan pau
2 cawan tepung gandum
6 gm yis kering (di campur dengan air suam dan 1 sudu gula pasir hingga berbuih)
air

Bahan sambal
6 sudu cili mesin
2 ulas bawang merah
Sedikit perahan air asam jawa
Gula

Timun hiris

Method:
Gaul semua bahan pau sehingga adunan licin dan tak melekat

Rehatkan satu jam
Kemudian bulatkan adunan dan leperkan sedikit,goreng dan ketepikan

Tumis bawang hingga naik bau masuk kan cili mesin dan goreng sempurna
Masukan sedikit perahan air asam dan gula
Masak hingga pekat dan ketepikan

Belah pau tapi jangan putus masuk kan sesudu sambal dan sehiris timun

air oren Sunkist


air oren Sunkist
2 biji oren di buang kulit dan kisar,tapiskan airnya
1 sudu sunquick oren
Sedikit air gula
Ais batu
Method :
Satukan kesemua bahan di atas dan hidang

Air minuman nenas


Air minuman nenas
Kisar sebiji nenas (tapiskan air)
Gula
Air
Method :
Masak air tapisan nenas bersama air dan gula hingga mendidih
Sejuk dan hidangkan

ayam masak kicap simple miko


ayam masak kicap simple miko
 bahan
7 ketul ayam di bersihkan
Perahan air asam
Kicap lemak masin cap ayam

Bahan kisar
20 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1sm halia
  
Method
Goreng ayam hingga garing dan ketepikan
Tumis bahan kisar hingga cili padi masak sempurna,masukan ayam
Tuangkan kicap masin cap ayam dan air perahan asam jawa
Masak hingga kuah mendidih

Ayam goreng rempah


Ayam goreng rempah
bahan
7 ketul ayam di bersihkan
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu rempah kari ayam babas
½ sudu serbuk kunyit
Tepung Kentucky puas
Sedikit garam

Bahan kisar
4 batang serai
2 tangkai daun kari
1 sudu jintan manis
Method:
Satukan kesemua bahan kecuali tepung dan perap selama 2 jam
Panaskan minyak yang banyak,salut ayam yang diperap dengan tepung Kentucky puas dan goreng

Miko: ayam di makan dengan nasi lemak,best woo

Kangkung goreng belacan


Kangkung goreng belacan
1 ikat kangkung di bersihkan di rendam air garam untuk buang baja kimia
Belacan sebesar ibu jari di bakar
6 biji cili padi di belah 2
Bahan tumbuk :
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Method
Tumis bahan tumbuk hingga wangi,masuk kan belacan baker
Masukan kankung dan sedikit air,bila kankung hampir layu masuk kan sedikit perasa

sambaL tuMis KeraNg

Sambal tumis Kerang
½ kilo Kerang
6 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah di hiris
Air perahan asam jawa
Garam dan perasa
Method
½ kilo Kerang di bersihkan (di masukan ke dalam periuk tanpa air masak hingga 6 minit,setelah masak,kopek dan ketepikan isinya)
Tumis bawang hingga wangi masukan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak
Masukan air perahan asam jawa,bila mendidih masuk kan Kerang dan perasa