Pages

Sunday, September 19, 2010

gulai kari daging melaka

gulai kari daging melaka


bahan
1 kilo daging lembu di hiris
1 biji kelapa asing santan pekat dan cair
6 biji kentang di belah 4
3 batang serai di ketuk
6 helai daun limau purut
air
garam
3 sudu serbuk kari daging babas
3 sudu kerisik
5 sudu cili mesin
2 keping asam gelugur kering

bahan tumbuk
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia di mayang
2 sudu lada hitam biji di tumbuk separa kasar

bahan tumis
4 biji buah pelaga
4 tangkai bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 pcs kulit kayu manis di patahkan 2


method
daging di bersihkan dengan air limau kasturi untuk buang hanyir,ketepikan

panaskan minyak,tumiskan bahan tumis hingga naik bau

satukan bahan tumbuk,cili mesin,serbuk kari dan kerisik di dalam mangkuk gaul rata
kemudian tumis hingga garing,kacau selalu

masukan daging,kacau rata,masukan serai daun dan daun limau purut,masukan sedikit air di dalam bekas mangkuk rempah yang di gaul ke dalam daging,agak2 daging tenggelam,didihkan hingga daging empuk,kacau selalu

setelah sedikit pekat masukan santan cair dan kentang,didihkan lagi

akhir sekali masukan santan pekat,asam gelugur dan garam

masak hingga kuah pekat

pergh..gulai nih memang best

No comments:

Post a Comment