Pages

Wednesday, June 23, 2010

Pistachio / kacang pistachio

Pistachio / kacang pistachio / Pistacia vera L. / kacang pandai /

Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia tergolong dari keluarga Anacardiaceae  
 

kacang pistachio pertama kali ditanam di Asia Barat , di mana ia telah lama menjadi tanaman penting pada musim dingin dari Iran .

pada 1854 David Fairchild dari Amerika Syarikat Jabatan Pertanian mula menyebarkan tanaman ini ke california
Pistachio adalah tanaman gurun,ia sesuai dengan tanah kering dan panas,pokok pistachio mengeluarkan buah yang yang berbentuk memanjang berwarna putih memiliki kulit keras dan di dalamnya isi pistachio berwarna hijau muda,bila buah mata,kulit  pistachio akan merekah dan menampak kan isinya

Karana usia pistachio tidak lama sebaiknya pilihlah pistachio yang warna kacangnya hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama di buka, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu. 


Kata pistachio berasal dari Bahasa Persia pisteh, yang ini kerana,  pada zaman Rom Kuno memang merupakan santapan kebanggaan para bangsawan.

Pistachio dipanggang, biasanya dijual dalam bungkusan plastik di pasar berada satu rak dengan kuaci, merupakan kudapan sihat yang lazat kerana kacangnya yang lemak,sedikit pahit
terdapat juga pistachio yang di salut gula atau garam yang di jual secara komersil
Selain enak dinikmati kering atau pistachio panggang ,pistachio juga sering dimanfaatkan sebagai campuran masakan daging dan hidangan pai.
 
Pistachio kaya akan zat besi, folat, kalium, asid pantotenat, niasin, riboflavin

Makan 50 biji pistachio sudah menyediakan lebih dari 10 %  keperluan serat sehari, vitamin B6, tiamin, magnesium, fosforus, dan zat tembaga. Pistachio juga mengandungi banyak fitosterol alias "kolesterol" nabati, yang dapat menurunkan risiko terkena penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.
 Di samping itu, pistachio merupakan sumber yang unggul dari asid lemak tidak tepu tunggal, jenis lemak yang berguna untuk menurunkan kadar kolesterol "jahat" LDL dan meningkatkan kadar kolesterol "baik" HDL. 

Pistachio merupakan pelincir bagi usus dan memberikan bagi usus dan memberikan bahan penguat (tonic) pada ginjal dan hati.

No comments:

Post a Comment