Pages

Wednesday, June 16, 2010

gula melaka / palm sugar




gula melaka / palm sugar / gula tuak / gula kabung / gula nira
Ia dihasilkan dari sejenis pokok yang dikenali sebagai pokok nipah yang menghasilkan nira yang mengandungi gula. Nira ini ditadah setelah ditoreh sedikit pada batang bunga pokok itu. Nira yang terkumpul akan ditapis dan dimasak secara merebus perlahan-lahan. Tujuannya ialah untuk mengeringkan kandungan air dan gula dapat dipekatkan. gula ini dibentuk dengan menuangkan kedalam acuan dan dibiarkan sehingga ia betul-betul kering. gula ini digemari kerana mempunyai bau yang enak. Ia baik untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

gula melaka, juga dikenali dengan nama gula tuak, merupakan salah satu sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. gula ini diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan gula Melaka asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.
Proses membuat Gula Melaka mempunyai tiga peringkat. Seseorang yang pakar dalam membuat gula Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang menghasilkan air nira yang baik. Ini penting bagi mendapatkan gula melaka yang bermutu tinggi.


Peringkat pertama

Peringkat pertama dalam menghasilkan gula melaka menggunakan buluh dan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai "penyadap" untuk mengambil nira kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan sedikit demi sedikit dengan membalutnya pada daun kelapa muda. Proses ini berterusan sehingga seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuang seludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang sepanjang sekaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah air nira daripada menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai "air tuak".


Peringkat kedua

Pada peringkat kedua, proses memasak gula melaka mengambil masa selama empat jam. Tempat memasak gula melaka dikenali sebagai "sabak". Pada peringkat ini, pengawasan dan pengalaman adalah amat penting bagi menghasilkan gula yang baik. Api sabak mesti dijaga agar tidak terlalu besar ketika gula mencapai peringkat ""bunga sena" dan menjadi pekat serta mengeluarkan buih-buih yang berwap panas. Dalam peringkat ini, gula dikacau dengan perlahan-lahan dan beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan gula itu terus dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

 Peringkat ketiga

Dalam peringkat terakhir, gula yang dipastikan cukup pekat dan masih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi tiga inci yang tidak tertutup di kedua-dua hujung. Tabung diletakkan di atas lantai khas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.

 gula melaka boleh di hidangkan sebagai pemanis kuih muih,agar agar,minuman dan pelbagai lagi
 terdapat juga masalah  gula melaka  tidak tahan lama dan cepat berbau. untuk mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka. Kemudian, simpan gula melaka dalam bekas yang kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama.

No comments:

Post a Comment