Pages

Friday, June 18, 2010

Cengkih / Clove

Cengkih  / Clove / Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica /  

merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia  ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka.
 
Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8 - 12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.
Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm.

Pokok cengkih memerlukan iklim panas serta lembap dan hujan dan tanah yang paling sesuai untuk pokok ini hidup subur adalah tanah gembur

Pokok cengkih akan terus mengeluarkan hasilnya sehingga umurnya 60 tahun atau mencapai 130 tahun.
Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.

 antara khasiat bunga cengkih

dapat merawat gusi bengkak dan gigi berlubang dengan cara meletak kan bunga cengkih yang di jadikan serbuk ke tempat yang sakit

hisap bunga cengkih untuk menghilangkan rasa mual

selain di katakan dapat membantu merawat penyakit gastrik,menguatkan hati, menghilangkan bau nafas,muntah muntah,radang hati,selsema,sembelit
 
bunga cengkih juga sesuai untuk menghalau semut di dalam balang gula

No comments:

Post a Comment