Pages

Sunday, May 23, 2010

tomato

tomato / Solanum lycopersicum


merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.

Warna merah itu ialah disebabkan sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.



Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.
Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.




terdapat kajian yang menyatakan makanan yang dimasak dengan diet tomato yang tinggi mempunyai keupayaan untuk merawat kerosakan kulit akibat ultra lembayung serta melambatkan kesan penuaan serta melicinkan kulit




 tomato ceri


jika anda ingin kan kelainan cuba resepi mudah ini

3 cawan tomato ceri  merah atau oren
kisar hingga halus
kemudian tapis untuk asingkan biji
perasakan dengan sedikit garam dan makan bersama 
telur yang di rebus setengah masak

No comments:

Post a Comment