Bunga Matahari / sunflower / Helianthus annuus
Jika di Malaysia contohnya bunga matahari yang ditanam di kawasan tanah tinggi mempunyai saiz yang lebih besar dari yang ditanam ditanah rendah.Daunnya berbentuk oval.Bahagian permukaan daun dan batangnya di litupi oleh lapisan bulu kejur.
Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali.Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam.Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh.Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek, sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja.Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.
Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya.Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia < data pada 2007) , argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga).
No comments:
Post a Comment