Pages

Thursday, May 27, 2010

guava

jambu batu / jambu biji / guava / psidium guajava



Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia  kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

jambu batu merupakan buah-buahan  tropika
Daun dan pucuknya mengandungi bahan penting seperti "anti-microbial",
pelembab dan antibau.Bahan aktif ini amat berguna kepada kulit muka dan tinggi nilainya dalam barangan kosmetik yang berasaskan tumbuhan semulajadi.

jambu batu mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.



dari segi
perubatan. Daripada buah hinggalah ke bahagian akarnya, jambu batu digunakan sebagai bahan berubat untuk penyembuh penyakit dan bahan kosmetik. Contohnya campuran pucuk, daun, buah muda dan akar jambu digunakan sebagai penyembung penyakit cirit birit.Begitu juga buah jambu batu yang sudah matang dimakan sebagai sumber tenaga.


Buah juga dikeringkan dan digiling untuk dijadikan bedak ketiak bagi menghilangkan bau peluh. Manakala kulit jambu batu bersama kulit rambai dijadikan "masker" (toping),untuk penegang kulit. Selain dari itu pucuk dan daun jambu batu dianggap bahan penting untuk penyeri serta untuk kelihatan lebih muda jelita (awet muda).

No comments:

Post a Comment