Pages

Monday, May 24, 2010

barly

Barli / barly malt / Hordeum vulgare

 Barli yang ditanam merupakan keturunan dari Barli liar ia merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Barli merupakan tanaman bijirin yang kelima terbesar ditanam di dunia (530,000 km² atau 132 milion ekar). Tempoh percambahannya antara 1-3 hari.
Musim penanaman benih barli musim bunga adalah dalam tempoh March atau April, walaupun hasil yang baik pernah dihasilkan oleh benih yang disemai lebih lewat.Terdapat juga barli tanpa sekam dan (hulled), barli bersekam hulled  adalah bentuk lebih awal.
Barli sesuai dengan pelbagai keadaan dan masa kini merupakan tanaman utama di kawasan serdahana dan tropika.

barli mempunyai kandungan garam yang tinggi berbanding gandum

Penghasilan barli malt merupakan kandungan utama penghasilan bir  dan wiski.

Air barli enak diminum panas atau sejuk. Air barli dianggap dapat menyejukkan badan dalam kepercayaan orang cina.


khasiat barli selain menyejukkan badan,baik untuk orang yang demam,dapat melawaskan kencing
dan mencegah ,merawat batu karang


petua dari orang tua dan makcik makcik saya
jika mengalami kencing kotor..masak barli dengan air yang banyak dan di campur dengan gula batu dan di minum pagi dan petang
insyallah

No comments:

Post a Comment