Pages

Thursday, June 17, 2010

tauhu

tauhu / 

 Tauhu adalah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. tauhu berasal dari China

Tauhu adalah kata pinjaman daripada bahasa Hokkien (tauhu) (Hanzi: 豆腐, hanyu pinyin: doufu) yang secara harfiah membawa pengertian "kacang soya yang ditapaikan". Tauhu pertama kali muncul di China sejak zaman Dinasti Han pada sekitar 2,200 tahun yang lalu. Penemunya Liu An (Hanzi: 劉安) yang merupakan seorang bangsawan, cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas Dinasti Han.

 Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu.

Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

selain merupakan produk kacang soya yang sangat penting kerana mengandungi nilai gizi yang tinggi. 
Isoflavon yang terdapat di dalam tauhu merupakan sumber fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser kerana adanya kesan fitoestrogen.
 Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. 

Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yang gemarkan susu kacang soya dapat pengurangkan risiko pengembangan kanser prostate sebanyak 70% berbanding mereka yang tidak menggemarinya.

No comments:

Post a Comment