Pages

Wednesday, June 9, 2010

lemongrass / Serai

Serai / Cymbopogen citratus / lemongrass / sereh makan / takrai / 
adalah tumbuhan herba malar hijau Tanaman serai dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala  dan China.

Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia  terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.


Di Malaysia khususnya, serai banyak di tanam sebagai tanaman di sekeliling rumah Batang serai dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm  dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur  (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand  sementara Serai India Barat  (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

 antara khasiat serai di dalam perubatan 

air rebusan serai di katakan dapat melegakan kekejangan, meredakan ketegangan otot, sengal-sengal badan,sangat sesuai buat wanita selepas bersalin dan boleh juga di jadikan bahan dalam minyak urut






No comments:

Post a Comment