Pages

Friday, June 18, 2010

Kacang Tanah / ground nuts

Kacang Tanah / ground nuts / Arachis hypogea / peanut / kacang una / suuk / kacang jebrol/ kacang bandung / kacang tuban / kacang kole / kacang banggala /

merupakan sejenis spesies kekacang dari famili Fabaceae yang berasal dari Amerika Selatan. Ia merupakan pokok herba semusim yang tumbuh setinggi 30 hingga 50 cm (1 hingga 1½ kaki).

pada tahun 1863 Hoolle membawa kacang tanah ke negara barat,pada tahun 1864 Scheffer membawa pula kacang tanah ke Mesir,Republic China dan India,kini negara itu merupakan penghasil kacang tanah terbesar di dunia

Kacang tanah biasanya dimakan begitu sahaja. Ia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti direbus, digoreng, dibakar, dihancurkan dan bergaram.
 kacang tanah juga di tanam kerana untuk di jadikan minyak kerana bijinya yang kaya dengan protien dan lemak selain zatbesi,vitamin B kompleks,vitamin A dan K, fosfurus ,lesitin, kolin dan kalsium,kacang tanah juga mempunyai omega 3 iaitu kandungan lemak tak tepu

Kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya
rasanya yang berlemak dan manis di sesuai kan dlaam pembuatan kuih
 Kacang tanah juga dikatakan mengandung bahan yang dapat membina ketahanan tubuh dalam mencegah beberapa penyakit antaranya penyakit jantung,kencing manis di mana segengam kacang tana hmampu membantu kekurangan zat,

Kajian-kajian menunjukkan kacang tanah dapat sebagai penurun tekanan darah tinggi dan juga kandungan kolestrol dalam darah, berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia  atau kecenderungan mudah berdarah, penyakit keputihan  dan insomnia

No comments:

Post a Comment